Anda miliki jenis darah mana? O? A? B? Atau AB?
Kebanyakan orang mengetahui jenis darah mereka dan pasti akan tahu jika memerlukan sebarang rawatan tertentu seperti pemindahan darah atau mempunyai pemindahan organ.
Sebelum jenis darah ditemui pada awal 1900-an, pemindahan darah boleh dan selalunya mempunyai akibat kepada kematian. Ini kerana sistem imun badan biasanya mengenal pasti dan menyerang antigen (molekul yang boleh menyebabkan tindak balas imun) asing, sama ada daripada bakteria yang memasuki badan, organ yang dipindahkan atau apa-apa sahaja.
Jenis darah yang diwarisi daripada ibu bapa anda, merujuk kepada antigen tertentu yang terdapat di permukaan sel darah merah anda. Dan tahukah, kajian mengatakan setiap jenis darah miliki kaitan dengan kecederungan penyakit tertentu. Untuk mengatasinya, setiap golongan disarankan untuk mengambil sejumlah sayuran dan tanaman herba tertentu.
O
Penyakit yang selalu wujud adalah gangguan pencernaan, gout, penyakit kulit, goiter dan alergik. Cara mencegah dengan mengambil sayuran dan tanaman ubat seperti berikut.
Sayuran : Paku-pakis, salad, pelbagai jenis cendawan, bawang putih, kentang, saderi, cili, terung, bayam, rebung, kubis, lobak, tomato dan kacang panjang.
Tanaman ubat : Pegaga, hempedu, temulawak, kunyit dan tempuyung.
A
Kecenderungan penyakit yang timbul adalah masalah di bahagian perut, kanser perut, anemia, jantung dan diabetes mellitus.
Sayuran : Lobak, bawang, timun, asparagus, jagung, bawang putih, salad, avokado, bayam, halia, lada dan kacang panjang.
Tanaman ubat : Hempedu bumi, temulawak, daun senduduk dan jintan hitam.
B
Kecenderungan penyakit yang umumnya timbul adalah tekanan, gangguan kekebalan sayur, diabetes mellitus dan sindrom keletihan.
Sayuran : Bawang, ubi, labu, cendawan hitam, cabai, timun, bawang putih, brokoli dan kubis. Di samping sayuran dan buahan, disaran juga gantikan daging lembu dengan daging kambing.
Tanaman ubat : Pegaga, hempedu bumi, temulawak, daun senduduk, jintan hitam dan dukung anak.
AB
Kecederungan penyakit adalah seperti penyakit jantung, kanser, saluran pencernaan yang sensitif dan gangguan kekebalan tubuh.
Sayuran : Bawang, ubi, labu, cendawan hitam, cili, timun, bawang putih, brokoli dan kubis. Disarankan menggantikan daging lembu dengan daging kambing dan ikan dalam diet seharian.
Tanaman ubat : Pegaga, hempedu bumi, temulawak, benalu teh, daun senduduk dan jintan hitam.
Covid-19
Dalam pada itu, kajian sekumpulan penyelidik dari Zhongnan Hospital of Wuhan University mendakwa individu berdarah A mungkin lebih mudah dijangkiti Covid-19 manakala yang berdarah O mempunyai risiko jangkitan lebih rendah.
Pasukan penyelidikan telah membandingkan jenis darah individu sihat dengan lebih 2,000 pestkit Covid-19 di Wuhan dan Shenzen.
Hasil ujian mendapati pesakit berdarah A miliki kadar jangkitan yang lebih tinggi dan simptom yang lebih teruk.
Jaga Kesihatan!
RUJUKAN : 1, Buku Pencegahan Penyakit dengan Terapi Herba, 3