Konsep Fesyen Ikut Mood, Idea Kreatif Hana Tajima

Hana Tajima sekali lagi mempamerkan bakat dalam menghasilkan fesyen yang trending dan versatil. Sempena kedatangan musim bunga dan panas pada tahun ini, Hana Tajima menghasilkan rekaan fesyen berkonsepkan ‘Changing Bodies’ yang bermaksud wanita boleh menikmati fesyen secara bebas seperti menukar pakaian tanpa had, saiz dan mood.

IKLAN

Konsep fesyen seperti ini sangat sesuai bagi menggambarkan dunia wanita yang ingin bergaya, sering dipengaruhi dengan mood harian mereka sendiri. Idea kreatif Hana Tajima ini pasti akan menarik peminat fesyen di Malaysia khususnya, dalam meneroka kebebasan bergaya tanpa batasan saiz dan keinginan.

Foto – UNIQLO (Rekaan Hana Tajima memfokuskan gaya fesyen yang bebas, santai dan sesuai dengan citarasa wanita untuk setiap hari)
Foto – UNIQLO (Busana elegan dari Hana Tajima pasti mampu mebuatkan wanita moden masa kini tertawan!)
Foto – UNIQLO (Risau dengan busana bersaiz besar, kini dengan rekaan Hana Tajima pasti buat kamu berfikir semula)
Foto – UNIQLO (Rekaan Hana Tajima bukan saja bebas saiz, malah ia juga elegan dan membuatkan pergerakan wanita menjadi lincah)
Foto – UNIQLO (Rekaan flora dan warna-warna pastel menjadi pilihan yang sesuai pada musim bunga tahun ini)

Ke semua rekaan Hana Tajima ini boleh didapati di butik pakaian UNIQLO dan harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan bertepatan dengan fabrik serta material yang digunakan. 

Pastinya pencinta fesyen tidak rugi mendapatkan busana rekaan Hana Tajima di UNIQLO. Untuk mengetahui lebih lanjut atau kamu ingin mendapatkan busana ini, kamu boleh layari laman sesawang UNIQLO atau FAST RETAILING bagi melihat sendiri keluaran produk Hana Tajima X UNIQLO.

Selamat membeli-belah!

fesyen hana tajimaFesyen Ikut Mood Hana TajimaFesyen Tahun 2020fesyen uniqlohana tajimaHana Tajima Koleksi Musim Bunga 2020Hana Tajima x UniqloIdea Kreatif Hana TajimaKonsep Changing Body Hana TajimaUNIQLO Trending