Transformasi Dua Dekad Aktres Bollywood Juhi Chawla, Serius Dah Lain!

Siapa tidak kenal aktres Bollywood Juhi Chawla yang sangat popular dalam industri hiburan di India. Aktres dan juga bekas ‘Miss India’ ini sangat digilai ramai bukan sahaja kerana bakat lakonannya yang hebat. Malah personaliti serta kejelitaan semula jadinya membuatkan dirinya tidak pernah dilupai.

IKLAN

Kini hampir dua dekad telah berlalu, adakah bintang filem popular Phir Bhi Dil Hai Hindustani ini masih menawan seperti dulu?

Ini lima transformasi Juhi Chawla yang buat pasti kamu terkejut!

#1 Miss India (1984)

Kejelitaan Juhi Chawla telah terserlah semenjak kecil lagi dan pada usianya 17 tahun Juhi membolot tahta sebagai pemenang dalam pertandingan ratu cantik India dan sekaligus di ikhtiraf sebagai ‘Miss India 1984’ hebat betul!

Foto – Arkib Wanista

#2 Golden Year Dalam Lakonan (1988 – 2000)

Juhi Chawla bukan saja memasuki bidang permodelan, malah dirinya juga meneroka bidang lakonan dan menjadi diantara aktres Bollywood yang paling berbakat terbaik dalam industri hiburan India!

Foto – Arkib Wanista

#3 Bina Mahligai Cinta Pada Usia 28 (1995)

Tahun 1995 merupakan era kemunjak kerjaya Juhi Chawla sebagai aktres Bollywood, tetapi dirinya memilih untuk mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta Jey Mehta dan kini mereka berdua memiliki dua cahaya mata hasil perkahwinan bersama.

Foto – Arkib Wanista

#4 Tak Pernah Kedekut Senyuman Walaupun Dah Masuk 49 (2016)

Selepas berkahwin Juhi Chawla banyak menghabiskan masa bersama keluarganya dan jarang berlakon, tetapi meskipun dah jarang berlakon Juhi kelihatan puas dan bahagia di samping keluarga tercinta!

Foto – Arkib Wanista

#5 Kejelitaan Bukan Segalanya (2019-2020)

Bukan mudah nak maintain kejelitaan wajah, semua wanita akan mengalami perubahan yang sama apabila menginjak usia tua. Begitu juga dengan aktres Bollywood ni!

Foto – Arkib Wanista

Kalau nak tahu Juhi Chawla ni tak pernah kisah tentang rupa paras dia. Orang nak kata apa pun, dia tak ambil peduli sebab tu ramai peminat-peminat dia tetap setia dengan aktres hebat ni.

Lagi satu Juhi Chawla ni bijak mengasingkan kehidupan peribadi dan juga kerjaya, tambahan lagi, Juhi ni tak banyak ‘isu’ dalam industri hiburan sebab tu walaupun dah jarang berlakon, peminat dia tetap ada je dan sentiasa mengingati bintang Bollywood ni.

IKLAN

Rujukan: 1

Aktres Bollywood Juhi ChawlaJuhi ChawlaPelakon Hindustan Juhi ChawlaTransformasi Juhi Chawla
Recommended