Sebab COVID-19, 5 Filem Hebat Akan Ditunda Tarikh Tayangan

Memandangkan wabak Corona terus berleluasa dan tidak menunjukkan tanda-tanda surut, industri hiburan turut terjejas. Konsert, festival muzik, malah tayangan filem juga terpaksa ditunda tarikh tayangan kerana risiko kepada nyawa dan keselamatan setiap orang.

IKLAN

Menerusi media sosial, ini antara filem-filem yang akan ditunda tarikh tayangan daripada jadual asal. 

Antaranya ialah:

A Quiet Place 2

Mengikut jadual asal, filem A Quiet Place 2 sepatutnya ditayangkan sekitar bulan Mac tapi menurut pengarahnya John Krasinski tarikh baru akan diberitahu kelak.

Mulan

Disney Mulan pada asalnya dijadualkan pada 27 Mac 2020. Tapi ditangguhkan dan tarikh pelepasan yang baru masih belum tetap.

F9

Universal mengumumkan filem Fast & Furious yang kesembilan ini sepatutnya ditayangkan pada bulan Mei, tetapi sekarang ditunda sehingga 2 April 2021.

No Time To Die

Tayangan siri James Bond adalah pada bulan April, tetapi kini telah ditunda ke 25 November 2020.

The New Mutants

The New Mutants yang mempunyai kontroversi kerana mengetengahkan watak LGBT dijadualkan pada bulan April tapi kini ditunda ke tarikh baru yang masih belum diumum.

 

Ingat jaga kesihatan masing-masing ye. Terhadkan pergerakan ke tempat awam.

IKLAN
5 filem tundacoronaviruscovid-19filem 2020filem tunda coronavirussenarai filem 2020tayangan filem 2020