Semalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi penularan COVID-19 (Coronavirus) sebagai pandemik.
🚨 BREAKING 🚨
"We have therefore made the assessment that #COVID19 can be characterized as a pandemic"-@DrTedros #coronavirus pic.twitter.com/JqdsM2051A
— World Health Organization (WHO) (@WHO) March 11, 2020
“WHO telah menilai penularan ini sepanjang masa dan sangat bimbang dengan tahap penyebaran dan kemudaratannya, juga mengambil kira tahap tindakan yang tidak mencukupi.
“Oleh itu, kami telah membuat penilaian bahawa COVID-19 boleh dikategorikan sebagai pandemik,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Apa itu Pandemik?
Pandemik pula merujuk kepada wabak yang merebak secara besar-besaran ke seantero dunia – merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar. Selain kejadian wabak yang merentasi wilayah, pandemik mempunyai beberapa ciri-ciri umum yang menarik.
Salah satu ciri pandemik adalah ia melibatkan penyakit yang mempunyai kadar serangan yang tinggi menyebabkan bilangan kes meledak secara tiba-tiba dalam masa yang singkat. Biasanya, penyakit yang menyebabkan pandemik adalah penyakit baru (novel) di mana populasi manusia tidak mempunyai imuniti atau daya tahan melawan terhadap penyakit tersebut. Ciri ini memudahkan penyakit ini merebak dengan pantas dan boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi.
Bukan Istilah Diambil Ringan
Pandemik bukan suatu istilah yang boleh digunakan secara ringan atau kurang teliti. Ia adalah istilah, yang jika disalah guna, boleh mengakibatkan ketakutan yang tidak sepatutnya, atau persepsi bahawa penentangan terhadapnya sudah berakhir, hingga menyebabkan penderitaan dan kematian yang tidak perlu.
“Menyifatkan situasi ini sebagai pandemik bagaimanapun tidak mengubah penilaian WHO mengenai ancaman yang dibawa oleh koronavirus ini. Ia tidak mengubah sebarang langkah yang diambil oleh WHO, dan tidak mengubah tindakan yang perlu diambil oleh negara-negara terlibat.
“Kita tidak pernah sebelum ini melihat pandemik dicetuskan oleh koronavirus. Pada masa yang sama, kita juga tidak pernah melihat satu pandemik yang boleh dikawal,” jelasnya.
Sebaiknya, anda semua mengambil langkah berjaga-jaga. Sentiasa ada hand santizer bersama!
Selamat Beramal.