“Nak kahwin kena beli isteri di pasar!”
Ia kedengaran pelik bunyinya tetapi itulah yang berlaku di Bulgaria, di mana masyarakat roman di sana mempunyai tradisi menjual anak perempuan untuk dikahwinkan. Mereka merupakan komuniti etnik minoriti terbesar di Bulgaria, yang masih lagi sehingga hari ini meneruskan tradisi ‘Bridal Market’.
Ini lima info menarik mengenai jual beli pengantin di Bulgaria.
Beli Cinta Di Pasar!
Mencari pasangan dan kemudian mendirikan rumah tangga adalah lumrah dan perkara biasa, tetapi lain pula di Bulgaria di mana sang jejaka harus membeli pasangan mereka jika ingin berkahwin. Ini merupakan tradisi yang dijalankan bertahun-tahun oleh 18,000 orang komuniti gypsy di sana, dan mereka juga dikenali sebagai masyarakat Kalaydzhi.
Festival Bridal Market Diadakan Pada Musim Bunga Setiap Tahun
Untuk makluman, pesta ‘bridal market’ ini dijalankan pada musim bunga setiap tahun di bandar Stara Zagora, di mana di bandar tersebut berkumpulnya 18,000 orang komuniti Kalayydzhi dan tempat mencari bakal pengantin.
Dan di sinilah di mana para jejaka dan gadis sunti mula mengenali diri mereka dan jika masing-masing berkenan, mereka akan terus berjumpa dengan ibubapa masing-masing di plaza berkenaan.
Cari Bakal Menantu Yang Ada Pendapatan
Bagi ibubapa pesta ‘bridal market’ ini merupakan peluang untuk meningkatkan kewangan keluarga, dengan menjual anak-anak perempuan mereka kepada bakal menantu yang memiliki ekonomi yang bagus. Tahap ekonomi masyarakat Kalaydzhi sangat susah, kerana pekerjaan mereka sebagai tukang besi sejak turun temurun.
Dengan pesta ‘bridal market’ ini, ibubapa menganggap ia sebagai satu peluang untuk mencari bakal menantu yang dapat menyara anak perempuan mereka, dan dalam masa yang sama mendapat mengaut keuntungan dari segi kewangan apabila anak mereka dijual.
Harga Bergantung Pada ‘Kesucian’ Diri Wanita!
Dah kata ianya pesta membeli pengantin, dari segi harga pula ia ditetapkan dari segi kesucian diri yang masih lagi terjaga, miliki rupa paras yang elok, kulit yang cerah, dan melihat berapa ramai jumlah jejaka yang inginkan wanita tersebut.
Harga akan di bida dan jejaka yang membida dengan harga yang tinggi, di pilih sebagai bakal suami si wanita tersebut. Ada juga ahli keluarga sebelah wanita yang menentapkan harga anak perempuan mereka, dan sesiapa yang mampu membayar jumlah tersebut boleh berkahwin dengan anak perempuan mereka.
Wanita Tidak Berpeluang Mengejar Cita-Cita Mereka
Nasib wanita di Bulgaria sangat menyedihkan, kerana tahap pendidikan mereka dihadkan kepada sekolah rendah dan mana yang bernasib baik dapat melanjutkan sehingga ke sekolah menangah, tetapi kebanyakannya anak-anak perempuan cuma dapat bersekolah sehingga sekolah rendah sahaja.
Kemudian pada usia 13 hingga 20, mereka harus bersedia untuk dijual dan dikahwinkan pada jejaka yang mereka tidak kenal. Pemikiran mereka di sekat dan dihadkan sejak dari kecil, mereka tidak berpeluang untuk memajukan diri dan harus akur dengan tradisi keluarga sejak turun temurun.
Dalam zaman moden begini, masih ada lagi masyarakat yang menggunakan cara ortodoks begini demi mengaut keuntungan dari segi kewangan!