Hotel KLoe yang bermotifkan alam dan seni kraf ini, rupanya milik suami kepada pelakon dan pengacara televisyen terkenal tempatan Cheryl Samad. Suami Cheryl iaitu Ng Ping Ho memiliki impian untuk membuka sebuah hotel dan kini impian tersebut menjadi nyata!
Apa yang menarik tentang hotel ini adalah rekaaan dalaman hotel sangat menarik dan unik, ia bersumberkan sentuhan alam dan kreativiti yang pastinya dapat menarik sesiapa saja yang datang bertandang di hotel tersebut.
Yang kaki short travel, sesuai sangat untuk kamu mencuba menginap di Hotel KLoe yang terletak di Bukit Bintang ini. Bukan saja ia terletak cantik di tengah bandaraya Kuala Lumpur, malah kamu pasti tidak akan menyesal menginap di sini sampai tak nak keluar pergi mana-mana. Percayalah!
Hotel ini memiliki 80 bilik dengan dua pilihan bilik iaitu City Room atau Courtyard Room dan 5 ruang artist loft untuk pengunjung menghabiskan masa terluang bersama rakan mahupun keluarga. Malah setiap reka bentuk serta hiasan dalaman hotel sangat berbaloi menjadi lokasi untuk gambar Instagram kamu!
Jika kamu ingin menghabiskan masa bersama teman rapat atau keluarga dengan bilik hotel yang berseni dan santai, tak rugi untuk kamu cuba menginap di Hotel KLoe ini.
Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Hotel KLoe, kamu boleh layari laman sesawang Hotel KLoe atau terus berkunjung ke hotel yang beralamat 227 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur atau hubungi +603-27721313.
Sebelum ini Cheryl masuki bidang makanan dan minuman dengan membuka kafe ‘LOKL Coffee’, kafe tersebut kemudian menjadi tular dan mendapat sambutan ramai. Kini suaminya pula meneroka dunia perniagaan dengan memberi fokus pada bidang perhotelan dan cita-citanya di sokong oleh isteri tersayang.
Semoga perniagaan milik Cheryl dan suami terus kekal maju di masa hadapan!