Doktor Pakar Kulit Kata Kamu Tak Boleh Skip Tiga Rutin Penjagaan Wajah

Wanista nak tanya pernah atau tidak anda menglami keadaan kulit gatal-gatal, kemerahan, atau bersisik? Itu maksudnya kulit anda mungkin sensitif.

IKLAN

Kulit sensitif biasanya berpunca dari keturunan atau mungkin anda terdedah secara drastik kepada persekitaran yang tidak sihat, mahupun suhu cuaca yang ekstrem, atau alah kepada sesetengah jenis makanan.

Sekarang terdapat banyak jenis krim yang ditawarkan menjanjikan peluang untuk menghilangkan parut serta pelbagai lagi masalah kulit. Jadi, sebelum menggunakan produk baru, cuba sapu sedikit produk berkenaan di bahagian kulit siku anda.

Tunggu sehingga 48 -72 jam. Jika tiada sebarang bengkak, bintik merah, kegatalan, serta kepedihan yang muncul di bahagian itu, bermakna anda boleh terus menggunakannya. Sebelum membeli sebarang produk, dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Minggu lepas, penulis sempat menemu bual Dr. Diana Salim, doktor pakar aesthetic dari Millennium Clinic, KL Eco City. Kata doktor, anda tidak perlu melakukan rutin penjagaan yang banyak, seperti yang dicanang oleh cara k-beauty. Memadai tiga rutin ini, anda mampu mendapatkan kulit wajah yang bersih dan berseri.

Membersih Kulit Dengan Lembut

Pastikan anda menjaga kebersihan kulit sepanjang masa. Melakukan pengelupasan yang keterlaluan terhadap kulit boleh menghakis minyak asli kulit anda serta menjadi punca kepada iritasi kekeringan kulit.

Foto – Makeup Alley

Kita salah kerana selalu mengganggap produk yang kaya dengan pelbagai bahan itu adalah yang terbaik, walhal ianya tidak. Contoh Cetaphil Gentle Skin Cleanser hanya mengandungi 8 bahan. Diformulasi khas mengikut kesesuaian semua jenis kulit, pencuci ini bebas sabun dan tidak menghakis kelembapan asli kulit.

Melembap Sebaiknya

Meninggalkan rutin melembap adalah tidak wajar sama sekali kerana kulit akan kehilangan lembapan optimum yang berganda. Dalam banyak-banyak produk, Cetaphil Moisturising Cream berkesan untuk mengekalkan kelembapan. Ianya tidak melekit malah bebas dari sebarang wangian. Bukan itu sahaja, produk ini sesuai untuk semua jenis kulit – yang kering, berminyak, sensitif atau kombinasi.

Foto -Watsons

Baca : Muka Berminyak Teruk Gara-Gara Krim Pelembap, Ni Cara Betul Pilih “Moisturizer” Untuk Kulit

Jangan Skip Sunblock

Pancaran matahari akan merosakan kulit. Malah, jika terlalu lama terdedah kepada cahaya ekstrem, ia akan meningkatkan risiko kanser kulit seseorang. Oleh itu, gunakan krim anti-matahari (sunblock) yang mengandungi sekurang-kurangnya SPF15 kerana ia mampu menghalang pancaran UVA & UVB.

IKLAN
Foto – New York Post

Baca : Cara Betul Pilih Krim Pelindung Matahari SPF Ikut Jenis Kulit

Jika anda lakukan rutin penjagaan wajah dengan baik, Insyaallah kulit anda baik. Yang penting kena bijak dalam memilih produk. Selalulah memeriksa dan membaca kandungan yang ada di bahagian kotak pembungkus produk dan peka tentang bahan-bahan yang berikut.

cara jaga mukacara jaga wajahKrim Pelembappembersih wajahpenting pakai sunblockrutin jaga mukarutin penjagaan wajah