Aina Abdul penyanyi yang ikhlas dalam berkarya!
Nama Aina Abdul terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Persembahan memukau ketika Anugerah Juara Lagu ke-34 hari itu membuka mata ramai orang akan kehebatan penyanyi muda ini.
Vokal lantang bagaikan penyanyi antarabangsa cukup membuatkan kita terpesona, dan penulis sangat menghormati bakat anak muda ini. Dia bukan penyanyi biasa-biasa, Aina Abdul penyanyi luar biasa!
Baca : Konsep Bunuh Diri, Ni Hal Sebenar Berlaku Pada Persembahan Aina Abdul ‘Sumpah’
Selepas ‘Sumpah’, Muncul Pula ‘Semalam’
Selepas ‘Sumpah’, Aina Abdul kini kembali dengan lagu ‘Semalam.’ Merupakan ciptaan sepenuhnya Aina, ‘Semalam’ menceritakan tentang masa silam yang pahit. Mengangkat isu keganasan domestik dan penderaan emosi dalam sebuah perhubungan percintaan yang toksik, Aina menyampaikan keperitan yang dirasakan oleh seorang wanita yang melalui pengalaman hitam dalam rumah tangga. Bermula dengan elemen piano dan vokal Sahara, ‘Semalam’ berkembang menjadi sebuah naskhah yang menyampaikan isi hati yang teraniaya.
Mahu ‘Semalam’ Pergi Lebih Jauh
Meletakkan harapan tinggi untuk single baru ini, sasaran Aina untuk ‘Semalam’ lebih besar daripada ‘Sumpah’. Aina berharap agar lagu ini dapat mendekatkan pendengar dengan Aina Abdul dan karya-karya nukilan Aina Abdul. Bukan itu sahaja, semestinya Aina menyasarkan untuk terpilih menyertai AJL35 juga.
‘Semalam’ sudah berada di semua saluran muzik secara digital – Spotify, Joox, Apple Music dan Deezer.
Apapun kita doakan sama-sama supaya Aina Abdul terus sukses mengejar impiannya.