Siapa Kulit Sensitif, Bagus Guna MINON Amino Moist!

Miliki masalah kulit sensitif merupakan igauan ngeri buat mana-mana wanita di Malaysia, tetapi malangnya bukan mudah untuk mencari produk penjagaan dan kecantikan yang serasi dan sesuai untuk kulit sensitif. Tetapi kini produk dari Jepun, Minon Amino Moist ada solusi untuk masalah kulit sensitif seperti kamu.

IKLAN

Produk penjagaan kulit dan kecantikan Minon Amino Moist ini merupakan pakar dalam kajian dermatologi bagi kulit sensitif. Ini dibuktikan dengan sembilan jenis asid amino yang mampu mengekalkan kelembapan dan dua lagi asid amino pembersih yang di formula khas untuk melicinkan serta melembutkan tekstur kulit wajah.

Ini antara produk penjagaan kulit dan kecantikan yang paling popular, dan sesuai untuk wanita berkulit sensitif di Malaysia.

#1 Minon Amino Moist Essential Mask [BELI]

Foto – Arkib Wanista

Topeng muka ini merupakan produk penjagaan kulit dan kecantikan dengan penganugerahan sebab 55 anugerah kosmetik. Topeng muka Minon Amino Moist Essential ini dapat membuatkan kulit menjadi segar, kekal lembap dan membuatkan kulit menjadi cerah.

#2 Minon Amino Moist Whitening Milk Mask [BELI]

Foto – Arkib Wanista

Topeng muka Amino Moist Whitening Milk pula di rumus khas untuk kulit yang kasar dan kering, dalam masa yang sama ia juga berfungsi memutihkan, melembutkan dan mencerahkan kuli. Selain itu, topeng ini juga mengandungi melanin yang dapat menghalang bintik dan jeragat di kulit wajah.

#3 Minon Amino Moist Charge Milk [BELI]

Foto – Arkib Wanista

Losyen Amino Moist Charge Milk ini akan membekalkan kelembapan kulit tanpa perlu berasa melekit, ia menyerap dan cair ke dalam kulit mengikut suhu tubuh badan. Losyen ini sesuai digunakan untuk wanita yang inginkan kulit kekal lembap dan lembut serta bebas rasa kering.

#4 Minon Amino Moist Medicated Acne Care Milk [BELI]

Foto – Arkib Wanista

Losyen di rumus khas untuk kulit kombinasi, berminyak dan sensitif. Tekstur losyen yang tidak melekit dan ringan sesuai untuk kamu gunakan secara harian dan paling penting ia dapat menyeimbangkan kekeringan pada kulit dan memberikan kesan bersinar bak cahaya pada kulit.

Banyak lagi produk-produk penjagaan dan kecantikan kulit jenama Minon Amino Moist yang sangat bagus dan sesuai untuk kulit sensitif.

Jadi jika kamu ingin mendapatkan produk-produk ini, kamu boleh mengunjungi kedai dalam talian OURSHOP milik AirAsia dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan tak rugi untuk kamu cuba!

IKLAN
MINON Amino MoistMINON JapanMinon Untuk Kulit SensitifProduk Jepun MinonProduk Minon Amino Moistproduk penjagaan wajah