Sekali Kena Buta Mata, Perempuan Wajib Ada Spray Cili Padi Dalam Beg!

Kunci rumah, kunci kereta, uncang mekap, snek ringan, hand sanitiser, tissue, perfume, kaca mata hitam, airpods, sanitary pad, nail clipper, suplemen, minyak angin, pin tudung dan bermacam-macam lagi ada dalam beg tangan setiap perempuan.

IKLAN

Lagi apa yang tertinggal? Baiklah ada satu lagi benda wajib ada dalam setiap beg tangan perempuan. Semburan magik ini! Ia adalah pepper spray atau semburan cili padi untuk mempertahankan diri dari bahaya.

Foto – Pesona Pengantin

Pepper spray merupakan barang yang wajib ada. Jika anda selalu keluar bersendirian atau dalam bahaya seperti ada orang mengekori, senjata ini sedikit sebanyak membantu anda berada dalam keadaan bersedia. Keluarkan dari beg dan sembur tepat ke muka, lagi bagus ke matanya… biar padu! Terasa kepedihan dari air campuran cili padi.

Cara Buat Semburan Cili Padi

  • Botol
  • Air
  • Cili Padi – Hijau/Merah

1. Sediakan botol. Kalau boleh pilih saiz yang kecil supaya muat diletakkan dalam beg tangan.

2. Hiris cili padi kecil-kecil, biji jangan dibuang. Lebih banyak cili lagi bagus supaya terasa kepedihannya.

3. Selepas itu, masukkan ke dalam botol yang sudah dicuci bersih. Isikan air sepenuhnya, goncang supaya semua sebati bersama.

4. Kalau nak tahu pedas atau tidak, cuba semburkan di mana-mana. Ingat anda boleh adjust sukatan cili padi.

Ingat sentiasa berhati-hati walau di mana tua berada, lindungi diri!

Selamat Mencuba!

RUJUKAN

IKLAN
diy pepper spraypepper sprayperempuan dan pepper spraysemburan airsemburan air cili padisemburan cili padisemburan magik
Recommended