Main Guna “Vibrator” Bagus Untuk Kesihatan Seksual, Ketahui Manfaatnya

Pernah dengar alat mainan seks “Vibrator”?

IKLAN

Alat yang direka untuk memberi kepuasan serta nikmat seksual kepada manusia. Vibrator dicipta untuk merangsang dan bermain dengan tubuh badan pasangan semasa melakukan seks. 

Percaya atau tidak, ia telah digunakan sejak ribuan tahun dahulu lagi. Jadi, ia bukanlah sesuatu yang baharu. Seiring dengan zaman teknologi sekarang, alatan seks yang dihasilkan juga semakin canggih. Jika dulu vibrator dicipta dengan saiz yang agak besar, kini sudah terdapat dalam saiz yang sangat kecil sehingga boleh dibawa di dalam poket!

Foto – Blissful Cherry

Cara vibrator berfungsi adalah sama dengan namanya. Ia akan menghasilkan getaran yang boleh digunakan untuk merangsang nafsu syahwat. Jangan salah sangka, ia bukan sahaja boleh digunakan pada faraj wanita malah zakar lelaki juga.

Tahukah, alat mainan seks ini dilaporkan mempunyai pelbagai manfaat yang selama ini tidak kita ketahui, malah mungkin sama sekali tidak mempercayai.

Samantha Evans yang merupakan pengasas kedai alat mainan seks dan vibrator, Jo Divine dedahkan manfaat misteri kamu dapat;

Membuat seks lebih seronok

Dah nama alat permainan pastilah ia memberi keseronokan yang maksima. Yang bagus, penggunaan vibrator dalam hubungan akan membantu pasangan mengenali tubuh badan masing-masing tentang apa yang membuat mereka terangsang. Pendek kata, ia dapat membantu anda belajar tentang keingingan pasangan. Bayangkan bila zakar atau faraj ‘bermain’ dengan vibrator – dengan kesan getaran, bukankah ia memberi pleasure dan fun dalam aktiviti seksual.

Bantu meremajakan faraj

Hah, bagaimana caranya? Katanya wanita yang sudah lanjut usia,mungkin akan berlaku beberapa masalah pada faraj terutamanya jika sudah mencapai menopaus. Ketika ini, hormon oestrogen yang semakin berkurangan akan mengakibatkan faraj kering, longgar dan atrofi – kekurangan jisim otot.

Foto – The Independent

Kesemua ini seterusnya akan menyebabkan seks yang menyakitkan serta libido menjadi lemah. Inilah masanya untuk anda gunakan alat mainan seks vibrator! Ia mampu membantu wanita mengatasi simptom-simptom ini dengan meningkatkan tahap elastik dinding faraj dan sensasi seksual anda. Selain itu, ia juga mungkin boleh berfungsi melicinkan permukaan vagina anda dengan mengeluarkan lebih banyak cecair.

Bantu menyelesaikan masalah seksual lelaki

Masalah seksual lelaki seperti disfungsi erektil, kurang libido serta kesukaran untuk mencapai orgasma. Dengan getaran yang dihasilkan oleh alat mainan seks ini, ia akan membantu lelaki yang mempunyai masalah seksual seperti mati pucuk untuk mendapatkan ereksi. Ini sekali gus akan membuat nafsu syahwat dan kemampuan seksual lelaki ditingkatkan ke tahap yang maksimum.

IKLAN

Cara terbaik tangani vaginismus

Vaginismus adalah keadaan di mana otot faraj wanita mengemut atau mengetat secara tiba-tiba ketika zakar hendak dimasukkan. Akibatnya, ia akan menyukarkan proses penetrasi lantas menyakitkan faraj dan zakar pasangan. Kondisi ini mungkin terjadi ekoran rasa takut atau trauma yang dialami wanita berkaitan perlakuan seksual. Jika anda adalah salah seorang dari kalangan wanita yang mengalami masalah ini, jangan bimbang, mungkin vibrator adalah penyelesaiannya.

Foto – Daily Mail

Jadi, vibrator bukan setakat alat mainan seks digunakan untuk memuaskan nafsu semata, tapi boleh juga membantu menyelesaikan beberapa masalah kesihatan seksual lelaki mahupun wanita.

Jom beli satu!

alat mainan seks vibratoralat vibratoralatan seks vibratorapa itu vibratorkesihatan seksualmanfaat alat vibratorvibrator