Kamu perlu berterima kasih kepada anak sulung kamu! Tanpa mereka segala tanggungjawab di bahu kamu tidak akan begitu ringan, dan kamu harus memberi layanan yang istimewa kepada anak sulung kamu. Malah kamu juga harus menghormati mereka dan bukannya membuat diri rasa seperti kuli.
Asal anak sulung je, mulalah ibu bapa lepaskan peranan menjadi ibu bapa kepada mereka. Dan sikap seperti itu adalah salah dan perlu diperbetulkan.
Ini sebab mengapa anak sulung perlu mendapat layanan istimewa dan bukannya dijadikan alat untuk kamu lari dari menggalas tanggungjawab!
#1 Ingat Anak Pertamalah Yang Buat Kamu Merasai Nikmat Menjadi Ibu Bapa!
Kadang kala kamu alpa dan lupa, anak sulung kamulah membuatkan kamu merasai nikmat menjadi ibu bapa buat pertama kali. Malah anak pertama jugalah membuatkan kamu belajar bagaimana menjadi ibu bapa yang terbaik pada waktu itu.
Jadi mereka berhak mendapat layanan istimewa dan kasih sayang yang terberbelah bahagi dari kamu, meskipun anak kamu makin bertambah.
#2 Anak Pertama Cepat Matang Dan Berdikari
Sedar tak, anak sulung ni biasanya mereka akan jadi cepat matang selepas kelahiran adik mereka. Ya, ini adalah kerana pada waktu itu tumpuan kamu akan beralih sepenuhnya kepada anak kedua yang baru lahir. Dalam fasa tersebut, anak sulung kamu mula belajar untuk menjadi berdikari dan matang dalam usia yang muda.
#3 Sering Mendahulukan Orang Lain
Selain itu, anak sulung juga sering mendahulukan adik-beradik dan ibu bapanya dahulu, sebelum dirinya sendiri. Mereka belajar untuk bersikap toleransi terhadap ahli keluargan dan orang sekeliling mereka. Dari usia muda lagi dah pandai bertoleransi, jika kamu tak nampak sikap murni anak sulung kamu tak tahulah nak cakap apa.
#4 Sejak Kecil Telah Memiliki Rasa Tanggungjawab Pada Keluarga
Bagi anak sulung apabila mereka mempunyai adik-beradik, diri mereka secara tidak langsung memiliki rasa tanggungjawab untuk menjaga adik-adik dan keluarga. Sebab itu, boleh dikatakan hampir semua urusan berkaitan menguruskan anak-anak yang kecil diserahkan kepada anak sulung untuk di jaga.
#5 Mereka Boleh Di Harap Dan Sanggup Berkorban Apa Saja
Anak sulung merupakan anak yang paling boleh di harap dalam anak-anak yang lain, mereka juga sanggup berkorban apa saja bagi menjaga keluarga. Segala apa yang dilakukan oleh anak sulung kamu adalah untuk keluarga dan bukan dirinya semata-mata.
Bonus
#6 Jika Kamu Ada Masalah, Anak Sulung Mungkin Ada Solusinya!
Dek kerana diri mereka telah matang dari usia mereka, anak sulung memiliki pandangan dan perspektif pemikiran yang bagus. Dan jika kamu mempunyai masalah, buah fikiran dan nasihat mereka boleh digunakan pakai.
Sebab tu, kamu perlu layan anak sulung istimewa dan hormati diri mereka, bukannya buat mereka seperti kuli. Siapa anak sulung, dia terbaik!