“Oh sebab tu la, Dara kurus dari mula debut sampai sekarang… serius sama je, tak berubah langsung”
Jika anda mengikuti perjalanan seni Sandara Park, anda kenalinya sebagai 2NE1 Dara, individu genit comel lote, bersuara halus, berwajah putih bersih, personaliti yang girang dan mesra, fesyen memukau semua orang. Bila diketahui usia sebenar Dara, ramai tidak mempercayai kerana orangnya yang kecil dan awet muda sentiasa.
Agaknya selain diet harian dan rutin (berlatih menari) sebagai idol, apa lagi amalan Dara untuk maintain?
Dara, 35, mengejutkan netizen dengan mendedahkan beratnya dalam satu episod program “Unni’s Salon.”
Untuk penjagaan kulit wajah, Dara kerap ke klinik kulit untuk mendapatkan rawatan dan urutan. Dia juga minum Calamansi dan Noni Juice, serta mengambil vitamin setiap hari.
Berat badan Dara sekarang 40 kilogram (88 pounds) tetapi ketika bersama 2NE1, beratnya sekitar 38 hingga 39 kilogram – tidak tetap.
Kata Dara, “jika saya tidak lapar, saya tidak makan selama 12 jam, saya lakukan intermittent fasting.”
Intermittent Fasting
Diet Puasa atau kita panggil “Intermittent Fasting” adalah diet dilakukan dengan cara mengatur pola makanan. Ibarat seperti berpuasa cuma bezanya ialah ianya hanya untuk tempoh tertentu. Walau bagaimanapun, diet ini membenarkan pengamalnya untuk minum air sepanjang tempoh berpuasa bagi mengelakkan dehidrasi. Diet cara ini bukan sahaja bantu kurangkan pengambilan jumlah makanan tetapi turut mengatur tempoh untuk makan dan tempoh berpuasa itu sendiri.
Untuk pengetahuan anda, ini juga merupakan amalan aktres Lisa Surihani dalam mendapatkan berat badan ideal sejurus selepas melahirkan cahaya mata.
Baca : Azam Baru Nak Kurus? Ikut Cara “Diet Puasa” Lisa Surihani