Intip Rumah Mewah RM29.5 Juta Putera Harry Dan Meghan Markle!

Terkini mengenai pasangan kerabat diraja Putera Harry dan Meghan Markle, di lihat semakin sibuk menghabiskan tugasan terakhir mereka sebagai kerabat diraja sehingga akhir 31 Mac 2020 ini.

IKLAN

Meski diri mereka sibuk dengan tugasan terakhir sebagai kerabat diraja England, Putera Harry dan Meghan Marklei masih berkesempatan ‘meneroka’ lokasi yang mungkin menjadi tempat tinggal terbaru mereka dan salah satu lokasi pilihan pasangan sama padan ini adalah di Malibu, California.

Menurut laporan media antarabangsa, pasangan diraja ini sedang melihat sebuah rumah yang dimiliki oleh bintang siri Baywatch iaitu David Charvet dan isterinya Brooke Burke.

Foto – via Daily Mail/Arkib Wanista

Rumah mewah yang berkeluasan 1.75 hektar dengan 12,249 kaki persegi ini, menjadikannya rumah ‘mansion’ yang besar dan mewah di Malibu dengan harga $7 juta atau RM29.5 juta! Melihat keluasan rumah agam yang besar ini, memang sepadan sangat dengan harga yang menggunung ini.

Foto – via Daily Mail/Arkib Wanista (Antara salah satu ruang tamu yang luas dan mewah di dalam rumah agam ini)
Foto – via Daily Mail/Arkib Wanista (Bahagian dapur dan meja makan)

Di mana rumah kediaman tersebut memiliki lapan buah bilik tidur mewah, sepuluh bilik air, bilik pawagam dan bilik menyimpan wine yang stylish serta mewah.

Foto – via Daily Mail/Arkib Wanista (Ruangan pawagam yang mewah!)
Foto – via Daily Mail/Arkib Wanista (Bilik menyimpan wine yang stylish dan mewah)
Foto – via Daily Mail/Arkib Wanista (Salah satu rupa bilik mandi yang terdapat dalam rumah agam mewah ini)

Selain itu, rumah ini juga di lihat memiliki garaj kereta yang luas untuk menempatkan empat buah kereta dan ia juga memiliki gelanggang tennis yang luas serta kolam renang yang besar.

Foto – via Daily Mail/Arkib Wanista (Kolam renang dan gelanggan tennis yang luas!)

Malah kawasan elit ini juga memiliki kawalan keselamatan dan sekuriti yang kuat juga. Jadi tak hairanlah kalau pasangan diraja ini memilih untuk tinggal di kawasan kediaman elit ini. Kerana ia selamat dari ‘mata-mata’ paparazi dan wartawan yang liar ingin merakam kehidupan harian kerabat diraja ini.

Foto – Daily Mail (Kawalan sekuriti dan keselamatan kawasan perumahan elit di Malibu)

Tambahan lagi, kawasan perumahan golongan elit ini juga menempatkan barisan selebriti ternama dari Hollywood seperti Robert Downey Jr, Mel Gibson, Dick Van Dyke dan Caitlyn Jenner.

Foto – Arkib Wanista (Robert Downey Jr dan Caitlyn Jenner)

Wah kalau pasangan diraja ini membeli atau menyewa rumah di kawasan ini, memang comfirm berjiranlah dengan nama-nama besar dari Hollywood ni!

Pasangan diraja ini menyatakan bakal menghabiskan masa mereka antara United Kingdom dan United States serta akan menghabiskan cuti musim Krismas di mansion mewah mereka di pulau Vancouver yang bernilai €14.1 juta atau RM64.3 juta.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista (Putera Harry, Meghan Markle dan Archie)

Buat sementara ini, ayah dan ibu kepada Archie ini masih lagi tinggal di Kanada dan dalam masa yang sama keluarga kecil diraja ini juga tidak berhenti mencari tempat tinggal yang baru di California. 

Terdapat banyak spekulasi mengapa pasangan diraja ini mahu menjadikan California sebagai lokasi kediaman mereka, salah satunya pasangan diraja ini mungkin ingin berada dekat dengan ibu Meghan, Doria Raglan, serta mereka juga mungkin ingin kemudahan untuk akses ke Silicon Valley dan juga Hollywood.

Walau di mana lokasi kediaman yang mereka ingin tinggal, yang penting mereka bahagia bersama keluarga tersayang! 

Rujukan: 1, 2,

baby archieKediaman Baru Putera Harry & Meghan MarkleKerabat Diraja EnglandMalibu CaliforniaMansion Mewah MalibuMeghan MarkleMegxitputera harryPutera Harry & Meghan Markle