Kiko Mizuhara, Model Jepun Paling Cantik Kongsi Rahsia Kulit Flawless

Peminat G-Dragon pasti kenali wanita manja dan cantik berseri di atas.

IKLAN

Itulah Kiko Mizuhara, seorang model dan pelakon dari Jepun yang pernah dikaitkan dengan k-pop idol terhebat itu.

Berdiri pada ketinggian 168cm, Kiko Mizuhara mungkin tidak seperti model lain yang berjalan di pentas peragaan untuk label mewah tetapi dengan karisma yang dimiliki cukup membuatkan beliau bersinar walaupun melalui foto di Instagram (@kikomizuhara).

Foto – Hypebae

Terpegun dengan kecantikan semulajadinya, Kiko atau nama penuhnya Audrie Kiko Daniel, berketurunan Amerika dan Korea ini dilahirkan di Dallas, Texas dan kemudian berpindah ke Jepun pada usia 2 tahun. Memulakan kerjaya di usia 12 tahun dan kemudian meninggalkan keluarganya di Kobe pada usia 16 untuk berhijrah ke Tokyo bagi memulakan kerjaya sebagai model.

Kiko memang cukup dikenali dengan kulit flawless. Bahkan kalau anda perasan Kiko jarang mengenakan sebarang mekap, kalau ada pun Kiko sekadar menambah gincu rona merah jambu ataupun merah untuk nampak lebih ceria.

Kerana itu, Kiko muncul di Vogue untuk berkongsi rahsia flawless.

#1 Cuci muka dengan air sejuk dan air panas

Sebelum memulakan rutin mekap, Kiko membilas wajahnya dengan kedua-dua air panas dan sejuk. Ada mitos mengatakan, mencuci muka dengan air sejuk boleh membantu mengecilkan liang muka dan mengurangkan kedutan wajah. Dan mencuci muka dengan air panas dapat membersihkan muka dengan lebih mendalam.

Foto – Youtube Vogue

Tetapi suhu air sebaiknya untuk mencuci muka adalah suhu yang suam dan tidak terlalu panas, kemudian bilas semula dengan air sejuk.

#2 Guna peranti untuk kulit tegang tanpa botoks

Kata Kiko, dia menggunakan peranti microcurrent yang membantu melancarkan perjalanan oksigen dan darah dalam kulit, ia juga menggalakkan penghasilan kolagen yang secara tidak langsung dapat mengekalkan keanjalan kulit biarpun usia sudah meningkat.

IKLAN
Foto – Youtube Vogue

Tapi jika anda tak mampu beli peranti, cuba teknik urutan ini – Info! Mula Urut Muka Cara Ni Kalau Hendak Kulit Tegang Tanpa Botoks

#3 Obses dengan sauna

“Saya rasa ini adalah perkara yang paling penting untuk kecantikan dalaman dan luaran. Saya melakukan sauna kering dan selepas itu saya berendam dalam air sejuk, dan saya melakukannya sebanyak empat kali. Satu perubahan ketara bila saya bersauna,” jelasnya.

Foto – Youtube Vogue

Prinsip utama dalam terapi sauna adalah untuk membuatkan badan berpeluh dengan banyak kerana ini akan dapat membantu mendetoksifikasi badan, menenangkan minda dan bakar kalori pada masa yang sama. 

Sewaktu melakukan sauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu. Hasilnya, kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur-ansur. – Kevin Zahri

Boleh tahan menarik rahsia Kiko. Kalau nak tahu banyak lagi, tonton video Kiko mengenakan mekap ala glam.

 

Cantik betul Kiko ni…

cara kiko mizuhara jaga mukakiko mizuharakiko mizuhara dan g dragonkiko mizuhara voguekulit flawless kiko mizuharamodel jepun kiko mizuharamodel kiko mizuhararahsia kulit flawless kiko mizuhara