“Orang single ni kesian, dah lah tak ada pasangan lepas tu buat aktiviti sorang-sorang je.”
Siapa kata wanita single ni kesian, status single bukan penghalang untuk wanita berlibur sendirian. Malah wanita single juga lebih bijak dan tahu menikmati kehidupan diri mereka sepenuhnya, tanpa perlu rasa rendah diri kerana belum bertemu dengan Mr.right yang sesuai.
Jadi bagaimana wanita single ini biasanya menghabiskan masa mereka? Di sini penulis nyatakan beberapa aktiviti menarik dan terbaik, yang sering wanita single lakukan untuk habiskan masa di waktu lapang!
#1 Syoknya Filem Ni!
Kebanyakan wanita solo gemar menghabiskan masa mereka menonton filem di panggung wayang, lagi menarik apabila menonton filem lakonan pelakon kegemaran! Memang tak keluar panggung la jawabnya, bertapa dalam tu je.
#2 Geramnya Tengok Baju Tu
Shopping spree adalah aktiviti kegemaran semua wanita, tidak kira yang dah ada pasangan atau yang masih single pasti akan tergoda untuk membeli-belah!
#3 Sedapnya mengurut!
Manjakan diri di SPA adalah salah satu aktiviti yang wanita single gemar lakukan, bagi menghabiskan masa mereka. Tambahan lagi, dengan memanjakan diri di SPA bukan saja tubuh fizikal menjadi lebih sihat dan awet muda. Malah, spiritual dalaman juga menjadi lebih bersemangat!
#4 Berparti Dengan Rakan Solo Yang Lain
Tak ada kekasih untuk habiskan masa bersama tak ada masalah, kawan kan ada! Ajak kawan-kawan kamu yang masih single untuk keluar berlibur bersama-sama, pasti hari tersebut jadi meriah. Jadi sama ada single atau tak, bukan penghalang untuk menikmati kehidupan!
#5 Jom Fly Ke Sini!
Percutian adalah ubat terbaik buat wanita solo. Melancong bukan saja dapat meluaskan pengetahuan, malah sambil-sambil melancong tu mungkin jodoh kamu menanti di sana. Siapa tahu kan?
#6 Body Cantik, Minda Cergas!
Siapa kata orang single tak pandai jaga badan? Mereka yang masih single ni lah, sangat pandai menjaga bentuk tubuh badan dan kesihatan dalaman serta luaran tau! Apabila badan sihat, minda pun akan menjadi cergas serta diripun akan menjadi lebih gembira.
#7 Siapa Kata Muzium Membosankan?
Menikmati khazanah tamadun dunia di muzium juga merupakan antara aktiviti yang terbaik bagi menghabiskan masa buat wanita solo. Bukan saja dapat menambah pengetahuan, kamu juga berpeluang berkenalan dengan rakan baru di sana! Tak percaya, kena cuba.
#8 Sekali Sekala Jadi Sukarelawan Pun Bagus Juga
Jika kamu mempunyai waktu cuti yang panjang atau tidak tahu menghabiskan masa di hujung minggu, apa kata bertukar angin dengan menjadi sukarelawan.
Melakukan kerja-kerja amal di rumah anak-anak yatim, rumah warga tua dan juga transit gelandangan adalah aktiviti yang mulia. Pastinya kisah pahit getir mereka, akan membuatkan kamu bersyukur dengan apa yang kamu miliki sekarang ini.
#9 Seronoklah Masuk Kelas Ni
Menjadi wanita single adalah satu keistimewaan, kamu dapat lakukan segala yang di ingini di hati. Contohnya memasuki kelas-kelas yang dah lama kamu ingin daftar, seperti kelas belajar piano, violin, kelas memasak, menjahit, kelas bahasa asing, kelas tarian dan sebagainya.
Jadi sementara masih solo, apa kata kamu habiskan masa dengan belajar sesuatu yang kamu inginkan.
So, sebenarnya banyak aktiviti yang boleh wanita single lakukan. Tiada isu atau alasan yang menyatakan wanita solo tak boleh atau tak sesuai berlibur sendirian. Dan paling penting, wanita single perlu bangga kerana boleh melakukan pelbagai aktivit yang dingini tanpa sebarang sekatan.
Kamu single? Nikmati waktu masih solo dengan aktiviti ni!