6 Jambatan Paling Cantik Di Malaysia, Port Untuk #InstagramWorthy

Siapa suka berswafoto di jabatan, terutama jambatan yang unik atau rare? Jika ya, penulis ada beberapa lokasi jambatan baru dan terbaik untuk kamu berswafoto di situ!

IKLAN

Sebenarnya terbanyak jambatan-jambatan yang dibina untuk tarikan pelancong dan juga orang awam, bagi yang gemar berswafoto serta dalam masa yang sama dapat menikmati pemandangan yang mengasyikan bersama yang tersayang.

Ini adalah beberapa jambatan yang paling cantik di Malaysia untuk si kaki selfie!

#1 Saloma Link Bridge, Kuala Lumpur

Foto – Arkib Wanista

Jambatan Saloma atau Saloma Link ini merupakan jambatan yang menghubungkan Kampung Baru dan KLCC. Reka bentuk jambatan yang bermotifkan sirih junjung ini, merupakan jambatan ikonik terbaru di ibu negara.

Jambatan panjang 370 meter ini bermula di Lorong Raja Muda Musa 3 yang berhampiran Stesen LRT Kampung Baru dan berakhir di Jalan Saloma yang bersebelahan dengan Public Bank dan tidak jauh dari KLCC.

Dan pastinya jurugambar tegar serta kaki selfie, tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar di jambatan Saloma dengan berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas KLCC yang gah ini!

#2 Elmina Valley Rainbow Bridge, Shah Alam

Foto – Arkib Wanista

Jambatan pelangi yang terletak di bandar Elmina ini yang merupakan antara bandar terbaru di Shah Alam, Selangor. Jambatan ini menawarkan panorama yang unik dengan warna-warni seperti pelangi pada jambatan dan ia menjadikan antara spot terbaik bagi kaki selfie serta individu yang inginkan gambar instagram-worth yang gempak!

Kini jambatan pelangi atau Rainbow Walkway Elmina Valley Bridge ini, menjadi salah satu lokasi atau destinasi yang wajib untuk dikunjungi oleh si kaki selfie!

#3 Iconic Bridge & Lookout Point, Shah Alam

Foto – Arkib Wanista

Jambatan Iconic Bridge & Lookout Point ini juga terletak di bandar Elmina, Shah Alam. Jambatan ikonik berwarna merah ini merupakan antara spot terbaik untuk mengambil gambar-gambar unik di situ.

Jambatan ikonik ini terletak betul-betul bersebelahan di Elmina Central Park, jadi bagi yang ingin mencari kelainan untuk akaun Instagram kamu, maka ini adalah destinasi terbaik untuk kamu!

IKLAN

#4 Jambatan Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur

Foto – Arkib Wanista

Bagi yang inginkan panorama alam semula jadi, jambatan di Taman Tasik Perdana yang terletak di Kuala Lumpur ini, merupakan lokasi insta-worth yang terbaik untuk si kaki selfie pencinta alam yang tegar seperti kamu!

Bukan saja lokasinya terletak di tengah pusat bandaraya, malah reka bentuk dan struktur jambatan seperti era zaman British ini menjadikan ia antara destinasi pilihan ramai.

#5 Nu Sentral Overhead Pedestrian Bridge, Kuala Lumpur

Foto – Arkib Wanista

Jambatan pejalan kaki ini terletak betul-betul di hadapan Nu Sentral, rekaan jambatan yang bermotifkan bentuk retro dan simetri ini menjadi tarikan buat yang obses dengan bentuk-bentuk garisan simetri!

Jadi bagi yang ingin mengambil gambar berlatar belakangkan garisan-garisan simetri yang unik ini, maka ini adalah lokasi tepat untuk kamu yang gemar dengan garisan simetri moden!

Bonus

#6 Victoria Bridge, Kuala Kangsar

Foto – Arkib Wanista

Jambatan Victoria yang juga dikenali sebagai Forgotten Bridge atau jambatan yang dilupai, merupakan jambatan laluan keretapi pada suatu ketika dahulu. Dan kini jambatan keretapi ini tidak lagi beroperasi, tetapi ia menjadi lokasi pengunjung yang ingin mengambil gambar di atas landasan keretapi.

Jambatan ini terletak di Kuala Kangsar, Perak dan jambatan ini antara salah satu tarikan buat pelancong dalam dan luar negara tatkala bercuti ke Kuala Kangsar.

Sebenarnya banyak lagi jambatan-jambatan yang ikonik, bersejarah dan unik yang terdapat di Malaysia, cuma kita kena rajin berjalan dan teroka!

Jadi antara enam jambatan menarik untuk berselfie ni, yang mana satu kamu dah pergi?

Rujukan: 1, 2,

Destinasi Selfie TerbaikJambatan Insta-Worth Untuk Kaki SelfieJambatan Paling CantikLokasi BerswafotoSenarai Jambatan Insta-WorthSwafoto
Recommended