Cara Tepat Pilih Shade Cushion Supaya Muka Tak Jadi Kelabu

Siapa yang tidak bad mood bila hasil mekap menggunakan cushion tidak sama seperti warna kulit, sama ada terlalu terang atau terlalu gelap, tapi yang lebih parah bila muka jadi kelabu. Langsung tidak seperti yang diinginkan.

IKLAN

Punyalah anda beli cushion yang paling mahal dari jenama YSL, Nars, Dior, atau Chanel tapi hasil tidak semegah mana. Anda tak suka tengok diri sendiri, orang lain apa lagi.

Supaya anda tak salah pilih ketika beli cushion, ikut panduan di bawah ini.

Kenal pasti undertone kulit

Foto – YesStyle

Warm Undertone

Sekiranya arteri (pembuluh nadi) kelihatan warna hijau, maka anda miliki warm undertone. Yang sesuai untuk anda ialah menggunakan cushion dengan sentuhan warna kuning.

Cool Undertone

Jika urat anda kelihatan biru atau ungu, anda adalah seorang wanita yang miliki cool undertone. Oleh itu, cushion yang sesuai untuk anda yang mempunyai sentuhan merah jambu.

Neutral Undertone

Jika anda cenderung mempunyai campuran biru dan hijau, maka kulit anda tergolong dalam kategori neutral. Cushion yang sesuai dengan anda adalah warna neutral (tidak terlalu kuning dan tidak terlalu merah jambu)

Sesuaikan pada rahang ke leher

Bila keluar, anda boleh menggunakan cara ini untuk menentukan cushion sesuai dengan tona kulit.

IKLAN
Foto – Style Me Daring
  • Aplikasi beberapa shade pada bahagian rahang ke leher.
  • Kerana cushion juga teroksidasi, jangan membuat keputusan terlalu cepat. Anda perlu menunggu seketika hingga formula betul-betul menyatu di kulit.
  • Pastikan anda aplikasi cushion di tempat yang terang atau cahaya mencukupi untuk memudahkan anda pilih warna yang betul.
  • Pilih cushion yang paling dekat dengan warna kulit anda.

Memandangkan sekarang dah pandai pilih cushion, happy shopping!

RUJUKAN

cara pakai cushioncara pilih cushioncushionmekap cushionmuka jadi kelabushade cushiontips mekap cushion