Sesuai Mood Valentine’s, Tonton Filem Rom-Com 90an Best Di Netflix

Sempena Valentine’s, Wanista nak berkongsi beberapa filem bergenre komedi romantik yang sesuai dengan mood cinta.

IKLAN

Bukan filem yang terkini tapi era 90an yang penuh nostalgia. Kebanyakan filem-filem era ini memaparkan jalan cerita yang sangat relate, sinematografi cukup cantik mempesona, wardrobe sesuai dipakai hari ini serta pelbagai lagi elemen menarik membuatkan ia masih menjadi pilihan penonton.

Memudahkan anda semua, Wanista senarai beberapa filem paling best boleh ditonton di Netflix.

You’ve Got Mail (1998)

Filem yang sedang penulis tonton. Jalan cerita yang simple tapi penuh dengan adegan romantis dan manis yang membuatkan penonton rasa cukup terhibur. Tom Hanks dan Meg Ryan, masing-masing terjebak dalam percintaan dunia siber. Keserasian pasangan ini tidak perlu dipertikaikan kerana mereka adalah “rom-com king and queen” untuk era 90an.

Foto – The New York Times

Sleepless in Seattle (1993)

Sekali lagi menampilkan Tom Hanks dan Meg Ryan. Annie Reed (Meg Ryan) mendengar cerita Sam Baldwin (Tom Hanks) di radio, dan siapa sangka episod percintaan bermula dari situ. Kehidupan mereka dipisahkan di dunia negeri, pasangan ini terpaksa melalui rintangan untuk bertemu. Sediakan tisu kerana ada barak menyayat hati yang confirm bikin anda menangis!

Foto – Microsoft

Notting Hill (1999)

Pernah tak terbayang bercinta dengan selebriti? Ya, ini ceritanya! Notting Hill menceritakan kisah Will Thacker (Hugh Grant) yang merupakan seorang pemilik kedai buku mengenali seorang wanita Anna Scott, pelakon terkenal lakonan Julia Roberts.

Foto – Pinterest

10 Things I Hate About You (1999)

Kisah percintaan remaja yang berlainan personaliti. Patrick (Heath Ledger) budak jahat dan nakal, manakala Kat (Julia Stiles), si anti sosial punya banyak kerenah – namun ada perasaan unik timbul antara mereka.

Foto – Business Insider Malaysia

Before Sunrise (1995)

Betullah orang kata cinta itu buta, cinta itu tidak mengenal usia dan berlaku di mana sahaja. Before Sunrise menceritakan tentang seorang lelaki (Ethan Hawke) dan wanita muda (Julie Delpy) bertemu di kereta api di Eropah, menghabiskan satu malam bersama di Vienna. Yang best, setiap babak ada isinya dan langsung tidak membosankan, malah mereka berdua juga miliki keserasian yang luar biasa.

Foto – The New York Times

Clueless (1995)

Setiap pakaian Cher Horowitz (Alicia Silverstone) memang membuatkan kita cemburu. Filem klasik 90an tentang kehidupan seorang remaja Beverly Hills yang dalam diam jatuh cinta pada Josh Lucas (Paul Rudd), jejaka baik hati.

IKLAN
Foto – Business Insider

Pretty Woman (1995)

Merupakan antara filem paling ikonik yang diingati ramai. Tonton kisah cinta antara dua darjat apabila pelacur lakonan Julia Roberts yang dilanggan oleh usahawan kaya lakonan Richard Gere bukanlah untuk memuaskan nafsu tetapi untuk menjadi teman wanita upahan.

Foto – Time

Siapa yang masih tak ada Netflix, langgan sekarang.

Selamat Menonton.

cerita best netflixfilem 90anfilem best netflixfilem netflixfilem rom-comfilem rom-com 90anNetflixsenarai filem rom-com