Adele Lain Sangat Sekarang, Dah Kurus Makin Nampak Tua (6 Gambar)

Masih ramai memperkatakan tentang fizikal penyanyi hebat Adele yang kini sudah kurus, lain daripada Adele yang kita kenali – individu bertubuh gempal yang cukup comel.

IKLAN

Kini, Adele telah kurus dan dilaporkan mengalami penurunan sebanyak 45 kg.

“Dia memberitahu kami bahawa dia turun 45kg, dan ia adalah satu pengalaman yang gila, positif,” jelas sumber kepada People.

Latihan Kardio

Beberapa laporan media sebelum ini menyatakan Adele bukanlah orang yang suka bersenam. Bagaimanapun, penceraian beliau dengan bekas suami 7 tahun lalu telah mengubah segalanya.

Adele yang dulu lebih comel. Foto – E!News

Bintang kelahiran United Kingdom ini rupanya telah mengupah seorang jurulatih peribadi, AS Dalton Wong yang juga jurulatih kecergasan untuk Jennifer Lawrence untuk melatih beliau 3 kali seminggu. Rutin kecergasan beliau termasuk dengan latihan kardio dan latihan luar.

Diet Pemakanan Sirtfood

Bukan itu sahaja, Adele turut mengamalkan diet pemakanan Sirtfood. Diet ini termasuk makanan berkhasiat yang rendah kalori, banyak protein, buah-buahan dan jus. Pengamal rutin ini masih boleh mengambil makanan-makanan yang mereka sering ambil seperti coklat, kopi atau wine.

Fokus kepada Sirtfood adalah untuk memberi tumpuan kepada metabolisme dan lain-lain bahagian yang memberi kesan kepada berat badan manusia.

Baca : Adele Kurus Sebab Amalkan Ini – The Sirtfood Diet!

Adele Sekarang Lebih Kurus

Foto – IG
Foto – Dailymail
Foto – Dailymail
Foto – IG
Foto – Dailymail

Entahlah penulis tidak berkenan dengan penampilan Adele yang sekarang. Rasanya sekarang Adele kelihatan tua dan wajahnya cengkung. Not so nice and cute like before! Tapi kalau Adele rasa lebih bahagia dan sihat sebegini, then good for you!

After all we can’t wait for your new music!

IKLAN

RUJUKAN : 12

adele 2020adele dah kurusadele dulu dan sekarangadele kurusDiet Adelegambar adele 2020gambar adele kurus