Lecehnya nak cari kasut tumit tinggi ni, dah lah first time cuba pakai!
Rata-rata ramai newbie yang tak berapa nak tahu tentang pemilihan kasut tumit tinggi, terutama bagi wanita yang lebih selesa mengenakan sandal atau kasut sneakers. Namun begitu, pemakaian kasut bertumit kadang kala tidak boleh dielakkan apabila kamu harus pergi ke sesi temuduga atau acara formal.
Oleh itu, kamu harus bermula dari sekarang untuk mengetahui bagaimana cara untuk memilih kasut tumit tinggi yang betul dan mengenal semua jenis-jenis kasut bertumit ini.
Ini adalah lima cara untuk kamu memilih kasut tumit tinggi yang ringkas dan sesuai, buat newbie yang baru pertama kali memakai kasut bertumit!
#1 Pilih kasut bertumit jenis bulat di bahagian depan, kerana struktur rekaan bulat di bahagian jari kaki akan membuatkan kaki kamu rasa selesa. Berbanding menggunakan kasut tumit tinggi jenis pointy yang menyeksakan kaki!
#2 Cari kasut bertumit tinggi tak lebih dari 2.5 inci! Buat yang baru belajar memakai kasut tumit tinggi, ketinggian seperti ini sangat sesuai untuk kamu dan ianya selesa serta kamu tidak perlu risau jika terjatuh!
#3 Elak memilih kasut tumit tinggi jenis tumit yang terlalu runcing, halus dan terlalu lurus.
#4 Wedges adalah kasut bertumit tinggi yang paling sesuai untuk newbie seperti kamu! Tapaknya yang lebar dan tebal akan membuatkan kamu rasa selamat dan berkeyakinan apabila memakainya.
#5 Kasut tumit jenis Chunky atau Block merupakan antara kasut yang sesuai untuk newbie, kerana tumitnya yang tebal seperti tiang menjadikan ia kasut bertumit tinggi yang stabil dan selamat buat pengguna baru seperti kamu!
Di harap tips perkongsian ini, dapat membantu kamu memilih kasut tumit tinggi yang betul dan selesa!