“Saya Akan Mati Kalau Tak Turun Berat Badan” – Super Junior Shindong

Super Junior Shindong telah mulakan usahanya untuk menurunkan berat badan sejak dari tahun lepas lagi, dan hasil usaha kerasnya Shindong kini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 31 kilogram. Berat Shindong pada asalnya adalah 116 kilogram, kini telah menjadi 85 kilogram dalam tempoh empat bulan!

IKLAN

Shindong baru-baru ini berkongsi mengapa dirinya membuat keputusan untuk menurunkan berat badan, semasa menjadi tetamu istimewa dalam program MBC ‘Radio Star”. Menurut Shindong, doktor memberitahu bahawa dirinya akan mati jika tidak menurunkan berat badan. Oleh itu, untuk meneruskan kehidupan, Shindong harus menurunkan berat badan.

“Semua keputusan ujian saya telah keluar, doktor memberitahu jika saya tidak menurunkan berat badan sekarang, saya akan mati apabila mencecah usia 40 tahun” jelas Shindong.

Meskipun kini Shindong telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 31 kilogram, tetapi dirinya berkata masih banyak yang perlu dilakukan lagi! Pasti ramai yang tahu bukanya mudah untuk menurunkan berat badan, dan Shindong berjaya lakukannya!

Perjalanan Shindong Menurunkan Berat Badan!

Shindong memulakan perjalanan menurunkan berat badannya pada akhir bulan Oktober 2019, dengan mengumumkan keputusan yang dibuat adalah sebab faktor kesihatan. Dan pada bulan Disember 2019, pula Shindong memuatnaik gambarnya di Instagram setelah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17 kilogram.

Memang nampak sangat dagu Shindong runcing habis!

Kemudian pada bulan Januari 2020, Shindong sekali lagi memuatnaik gambar terbarunya setelah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram setelah tiga bulan berusaha menurunkan berat badan!

Shindong Amalkan Juvis Diet!

Shindong berkongsi bahawa dirinya telah melakukan pelbagai jenis diet untuk menurunkan berat badannya. Namun tidak berjaya kerana dirinya terlampau berat pada waktu itu, hinggakan Shindong berasa sukar untuk menari di atas pentas.

Tidak berputus asa, Shindong mendapat sumber inspirasi dari Yoo Jae Hwan yang telah berjaya menurunkan berat badan 32 kilogram dengan mengikuti program diet Juvis. Sejak itu, Shindong juga mula mengikuti amalan diet Juvis berkenaan.

Dan hasil setelah dua bulan mengikuti program diet tersebut, bentuk tubuh Shindong dapat di lihat sangat berbeza dari berat asalnya.

IKLAN

Terbaiklah Shindong, semoga Shindong berjaya menurunkan berat badannya dan mengecapi berat yang ideal serta kekal sihat!

Rujukan: 1, 2, 3, 4,

Shindong Amalkan Diet JuvisShindong Dah KurusShindong Diet JuvisSuper Junior ShindongSuper Junior Shindong Berdiet
Recommended