Paling Rare! Kek Birthday Versi “Noodle”, Eh Sedap Ke?

Boleh bayangkan tak, macam mana bentuk kek hari lahir yang diperbuat daripada ‘noodle’?

IKLAN

Pelik tapi benar, kini kek hari lahir yang diperbuat daripada mee segera merupakan kek yang paling trendy dan juga paling rare di Indonesia.

Rata-rata ramai yang menggemari kek versi mee segera ini kerana bukan saja rasanya yang lazat, malah reka bentuknya juga sangat menarik terutama di kalangan kanak-kanak.

Selain kek hari lahir, ada juga bakal pengantin di Indonesia memesan kek perkahwinan mereka dalam versi mee segera dan hasilnya, cukup memukau!

Idea Inspirasi Dari Ibu-Ibu Indonesia

Kek hari lahir dan juga kek perkahwinan versi mee segera ini, merupakan hasil tangan kulinari Tot Aw (Totally Awesome), yang terletak di Jakarta, Indonesia. Kafe ini menggunakan mee segera jenama ‘Mi Goreng’ dalam menghasilkan kek noodle yang unik ini.

Menurut pembuat kek Tot Aw, mereka mendapat idea untuk menghasilkan kek versi mee segera ini menerusi ibu-ibu Indonesi. Di mana kebanyakan ibu-ibu di Indonesia gemar menghasilkan bekal makanan berisi mee segera goreng untuk anak-anak mereka, dan dari situlah munculnya idea kek versi mee segera.

Tot Aw menggunakan sebaik mungkin idea berkenaan dan menghasilkan pelbagai jenis kek versi mee segera dengan pelbagai piliha topping kek yang hebat dan luar biasa.

Pilihan Topping Bukan Biasa-Biasa!

Biasa kalau kek hari lahir ini, pastinya topping kek seperti berperisa coklat, buah-buahan, badam atau gula-gula merupakan antara topping kegemaran orang ramai. Tapi bagaimana pula dengan kek yang diperbuat dari mee segera ini, ada ke topping yang sesuai?

Tot Aw menawarkan topping yang sesuai dengan kombinasi kek mee segera yang mereka hasilkan seperti topping daging rendang, gulai ayam, serunding ayam, serunding daging dan ada juga topping cheese berserta coklat. Wow, serius terliur!

Jom Buat Kek Birthday Mee Segera!

IKLAN

Sebenarnya tak susahpun nak buat kek menggunakan mee segera ni. Nak tahu macam mana ikut step-by-step macam dalam video di bawah.

Serius kek versi mee segera ni sangat menarik dan ianya juga sangat sedap di makan beramai-ramai.

Selamat mencuba!

Rujukan: 1, 2, 3,

indonesiaKek Birthday Mee SegeraKek Mee SegeraKek NoodleKek Paling Rarekek pelikKek Versi Noodle
Recommended