Filem Parasite membolot banyak anugerah pada tahun ini dan sekaligus membuktikan filem Asia juga boleh menempa nama dan kejayaan di antarabangsa. Hasil tangan pengarah Korea Selatan, Bong Joon Ho diumumkan sebagai Filem Terbaik di Anugerah Akademi 2020, Oscar di Los Angeles.
Filem Parasite juga merangkul banyak anugerah lain di Oscar antaranya Filem Antarabangsa Terbaik, Pengarah Terbaik (arahan Bong Joon Ho) dan Lakon Layar Terbaik.
Tetapi sayang bukan semua orang berasa senang dengan kemenangan yang dimiliki oleh pengarah filem Parasite ini, kerana seorang wartawan dan pengacara Amerika dari BlazeTV, Jon Miller memuat naik komen berunsur ‘racism’ menerusi akaun Twitternya.
“Ucapan anugerah: Penghargaan Terbesar. Terima kasih. Kemudian dia (Bong Joon Ho) beri ucapan dalam bahasa Korea. Orang seperti ini membawa kemusnahan pada Amerika.” – Jon Miller
https://twitter.com/MillerStream/status/1226683232378380289
Post yang dimuatnaik itu, mendapat kemarahan orang ramai terutama rakyat Amerika sendiri dan para selebriti terkenal Amerika yang lain seperti John Legend, Andy Lassner dan Piers Morgan juga turut mengkritik terhadap komen yang dimuatnaik oleh Jon Miller di akaun Twitternya.
Do they pay you for these dumb takes or is this something you do for fun
— John Legend (@johnlegend) February 10, 2020
https://twitter.com/andylassner/status/1226711705658347520
You disgusting racist pr*ck. https://t.co/rretoZXoUp
— Piers Morgan (@piersmorgan) February 10, 2020
Rata-rata ramai yang memberi komen bahawa Jon Miller adalah ‘racism’ dan ‘xenophobia’. Setelah mendapat banyak komen negatif dan kritik gara-gara post yang dimuatnaik, Jon Miller tampil memberi penerangan bahawa perkataan “orang seperti ini” bukan merujuk kepada orang Korea tetapi sebaliknya mereka yang berada di Hollywood.
Biasalah mana-manapun tetap ada haters tersendiri, yang penting filem Parasite berjaya membawa pulang banyak anugerah dan trofi. Malah pengarah Bong Joon Ho juga sangat gembira dengan kemenangan yang dikecapinya bersama krew produksi dan barisan artis.
Tahniah diucapkan buat pengarah Bong Joon Ho dan krew-krew filem Parasite!