Artis antarabangsa Janelle Monae tampil kelihatan menyerlah dan berseri dengan gaun kembang, dengan berserta hoodie kepala yang bersambung secara terus pada gaun yang digayakannya. Apa yang menarik adalah dari kepala sehinggalah ke bawah, semuanya bertatahkan berlian!
Dari gaun yang digayakan sehinggalah dengan pemilihan perhiasan diri, semua bertemankan dengan batu berlian dan kristal yang mencecah jutaan ringgit Malaysia!
Siapa tidak mahu kelihatan cantik bergaya di acara majlis karpet merah Oscar bukan, dan aktress berusia 34 tahun ini nampaknya berjaya mencuri perhatian ramai dengan gaun rekaan dari Ralph Lauren berserta barang kemas Forevermark yang bernilai $700,000 atau RM2.9 juta.
Gaun rekaan dari Ralph Lauren ini di jahit dengan lebih dari 168,00 batu kristal Swarovski, gaun berwarna silver metalik ini benar-benar membuatkan aktress berusia ini tampil anggun di acara karpet merah Oscar. Memang stunning habis gaun Janelle ni.
Di tambah pula dengan batu permata daripada Forevermark sebagai perhiasan diri. Janelle dan juru rata riasnya Alexandra Mandelkorn memilih jenama barang kemas Forevermark oleh Terushalmi Diamond Studs kerana ia sangat sesuai dan compliment dengan gaun yang dikenakan oleh Janelle.
Tambahan lagi, wajah Janelle juga sangat stunning dengan gaya mekap yang sangat menyerlah dengan bibir mungil yang diwarnakan dengan gincu rona merah dan paling penting, bulu mata yang digunakan oleh Janelle sangat menarik perhatian!
Mekap artisnya, Jessica Small menggunakan sistem lash extension dengan menggunakan beberapa lapisan bulu mata dengan panjang yang berbeza. Memang artistik betul!
Berseri-seri Janelle dengan gaun bertatah batu kristal Swarovski dan juga barang kemas mewah berharga RM2.9 juta.
Jeles tengok gaun dan barang kemas si Janelle ni pakai!
Rujukan: 1,