Penderaan Emosi Dalam Hubungan Punca Suami Isteri Bercerai

Penderaan emosi, apa sebenarnya yang di maksudkan dengan penderaan secara emosi ini? Adakah penderaan emosi ini dapat di kesan dengan mudah semasa bercinta? Adakah kamu rasakan diri kamu merupakan mangsa penderaan emosi?

IKLAN

Untuk menjawab segala persoalan-persoalan ini, penulis akan kupas segala yang berkaitan penderaan emosi dan bagaimana untuk mengenalpasti serta apakah langkah atau tindakan yang boleh kamu ambil, jika ianya berlaku ke atas diri kamu.

Ketahui Apa Itu Penderaan Emosi

Penderaan emosi merujuk kepada perbuatan di mana pasangan kamu cuba mengawal, membuli atau memalukan diri kamu dan ini termasuklah dengan perbuatan di mana pasangan kamu cuba memanipulasi diri kamu.

Selain itu, pasangan kamu juga sering mempersoalkan ingatan kamu terhadap sesuatu perkara yang telah berlaku. Malah, pasangan kamu juga sering mengugut dan cuba menakut-nakutkan diri kamu dengan mengawal tindak tanduk diri serta apa yang boleh atau tidak boleh kamu lakukan.

Senang cerita, kamu “bagai lembu dicucuk hidung” yang harus mengikut segala arahan dan kemahuan pasangan, meskipun diri kamu tidak rela diperlakukan sedemikian rupa.

Adakah Penderaan Emosi Hanya Berlaku Dalam Hubungan Percintaan?

Foto – Lawnn

Penderaan emosi atau penderaan jenis fizikal sering kali dibincangkan atau sering dikaitkan berlaku dalam perhubungan romantik.

Tetapi sebenarnya tidak kira apa jua jenis penderaan yang wujud, ia tidak hanya berlaku dalam hubungan jenis romantik sahaja sebaliknya ia boleh berlaku dalam mana-mana jenis perhubungan antara sesama manusia.

Tambahan lagi, penderaan emosi merupakan perbuatan atau percubaan untuk mengawal seseorang secara emosi. Dan penderaan sebegini boleh berlaku dalam apa jua bentuk perhubungan sama ada bersama kawan, pasangan, keluarga hatta rakan sekerja sekalipun.

Petanda Kamu Di Dera Secara Emosi

Foto – Clinical Theraphy

Sebenarnya bukan mudah untuk mengenalpasti sama diri kamu benar-benar di dera secara mental, ini kerana ianya adalah bentuk penderaan di manipulasi oleh si pelaku itu sendiri. Walaupun begitu, ini adalah antara bentuk-bentuk perbuatan yang di klasifikasikan sebagai penderaan emosi.

Petanda-petanda sebegini akan memberi kesan dan impak negatif dalam diri kamu dan secara perlahan-lahan diri kamu akan berubah menjadi seseorang yang tiada keyakinan diri, seseorang yang mudah ragu-ragu terhadap diri dan realiti sekeliling.

IKLAN

Berikut adalah tanda atau jenis penderaan emosi yang perlu kamu tahu.

Foto – Book Trib

Perbuatan seperti memalukan, mengkritik dan menafikan hak kamu dengan:

  • Panggilan nama – Pasangan sering memanggil diri kamu sebagai “bodoh”, “pengecut” atau perkataa-perkataan yang sangat teruk.
  • Pet name yang tak sesuai – Seperti “si buruk chubby”, “anje hodoh”, dan pelbagai jenis pet name yang kita semua rasa comel, sebenarnya ia adalah bentuk penderaan secara mental yang halus.
  • Karakter – Kamu sering di tuduh datang lambat, kamu selalu di tuduh bersalah dan mengatakan kamu adalah seorang yang tidak baik dan sebagainya.
  • Menjerit – Pasangan kamu selalu menjerit dan menyumpah seranah diri kamu dan perbuatan itu menyebabkan diri kamu berasa kecil dan takut.
  • Di Khalayak Ramai – Pasangan kamu sering membongkar rahsia, berbalah atau cuba memalukan diri kamu di khalayak ramai.
  • Mengejek rupa paras – Apabila keluar berdua, mereka akan mengejek rupa, rambut atau pakaian kamu seperti badut atau tidak cantik.
Foto – Women’s Health

Perbuatan cuba mengawal diri kamu menerusi:

  • Mengugut – Cuba mengugut kamu dengan memberitahu anak atau seseorang yang penting dalam hidup kamu akan hilang, jika kamu tidak menurut kehendak atau arahan mereka.
  • Memantau – Mereka sentiasa ingin tahu di mana kamu berada setiap masa. Dan mereka mahu kamu kerap mengangkat panggilan telefon dan mesej di mana kamu berada. 
  • Intim secara digital – Mereka akan memeriksa sejarah internet, alamat email, mesej dan sejarah panggilan kamu. Dan jika telefon kamu berkunci, mereka akan meminta password kamu.
  • Kewangan – Mereka akan cuba mengawal sumber kewangan kamu dan cuba menukar nama akaun bank kamu kepada milik mereka. Dan paling teruk kamu harus meminta wang kamu sendiri dengan mereka.
  • Tidak boleh dijangka – Mereka juga akan menjadi marah secara tiba-tiba kemudian berubah dan cuba memberi kasih sayang kepada diri kamu. Situasi tersebut membuatkan kamu seolah-olah seperti telur di hujung tanduk.
Foto – Coastal Counseling News

Perbuatan menuduh dan menyalahkan diri kamu seperti:

  • Cemburu – Kamu sering di tuduh curang.
  • Gunakan rasa bersalah – Mereka cuba menggunakan rasa bersalah dalam diri kamu untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.
  • Di tuduh sebagai pendera – Kamu sering di tuduh sebagai pendera dan mempunyai masalah mengawal kemarahan, sedangkan diri mereka adalah mangsa yang tidak keadaan yang tidak bersalah.
  • Meletakkan kesalahan pada kamu – apabila diri mereka mengalami masalah, mereka akan menyalahkan diri kamu dan menyatakan kamu adalah punca kepada masalah yang mereka hadapi.

Kesan Penderaan Emosi Pada Diri

Kesan penderaan emosi yang berlaku kepada diri, umpama robot yang harus mengikut perintah. Ini adalah kesannya kepada diri:

  • Kamu sering berkorban dan mendahului kepentingan orang lain.
  • Sering meminta izin atau persetujuan dari pasangan.
  • Kamu sering mengetepikan naluri diri.
  • Kamu lebih sanggup hidup dalam hubungan yang kucar-kacir sebegini dari hidup berseorangan.
  • Kamu akan rasa bersalah apabila cuba membela diri.
  • Kamu beranggapan, layanan sebegini adalah layak untuk diri kamu.

Cara Menangani Penderaan Emosi

Apabila kamu menyedari diri kamu telah di dera secara mental atau emosi, apa yang perlu kamu lakukan adalah untuk menangani racun yang telah menyeludup masuk ke dalam fikiran kamu dengan melakukan kaedah ini.

Agar diri kamu kembali menjadi seorang insan yang sihat secara mental dan fizikal dan bukannya boneka yang boleh dikawal sesuka hati.

Foto – Linkedln
  • Kamu harus beri keutamaan kepada kesihatan mental dan fizikal diri. 
  • Letakkan had atau sempadan dengan si pelaku penderaan.
  • Berhenti menyalahkan diri sendiri.
  • Kamu harus sedar bahawa kamu tidak boleh memperbetulkan sikap si pendera.
  • Elakkan atau kurangkan interaksi bersama pelaku penderaan.
  • Bina semula keyakinan diri dengan cuba berkomunikasi dengan orang lain, seperti keluarga, kawan-kawan dan sebagaiya.
  • Cuba keluar dari hubungan tersebut.
  • Beri masa kepada diri kamu untuk sembuh dari luka penderaan yang dialami.

Jika kamu merupakan mangsa penderaan, kamu boleh membuat aduan di [SINI]. Di Malaysia juga terdapat pertubuhan yang membantu wanita yang mengalami kes-kes penderaan baik secara mental mahupun fizikal.

Di harap maklumat yang dikongsikan hari ini, memberi manfaat untuk kamu semua.

Rujukan: 1, 2, 3

cegah penderaan mentalhubungan tidak berkekalanpenderaan emosipenderaan mentaltangani penderaan emosi