Jangan terkejut Nike nak keluar kasut ala kapal angkasa untuk atlet?
Bukan apa, penulis lihat rekaan kasut terbaru Nike Air Max 2090 dah macam ala-ala kapal angkasa pula. Kasut Nike Air Max 2090 mempunyai aura yang berkonsepkan masa depan, rasanya rekaan kasut kali ini agak berlainan sedikit daripada yang sebelum ini.
Nike Air Max 2090 menampilkan reka bentuk yang menarik seperti ala kapal angkasa dan tampil dengan fungsi unggul yang hebat untuk si pemakai.
Apa yang baru tentang kasut Air Max 2090 nak dibandingkan dengan versi lama?
Warna Terang
Nike memilih warna-warna blok atau warna gelap sebagai fokus semasa penghasilan kasut Air Max 90 versi lama, dengan warna yang gelap ia dapat memberi sokongan kekuatan pada struktur kasut.
Tetapi bagi kasut Air Max 2090 versi baru ini, ia tampil dengan warna-warna yang terang dan jenis tembus atau lutsinar. Dalam masa yang sama, kasut ini juga dapat menyokong bahan-bahan yang merupakan 100 peratus legap atau terang, serta dapat menampung bahan yang jenis ringan dan tembus lihat.
Air Unit
Demi memberi keselesaan yang berpanjangan, kasut Air Max 2090 menghasilkan unit udara yang sangat besar dengan 200 peratus saiz tingkap kasut yang luas dan besar berbanding unit udara kasut Air Max 90 versi yang lama pada 30 tahun yang lalu.
Cropped Swoosh
Rekaan tapak ikonik Nike Swoosh merupakan yang pertama dirapatkan di bawah kasut Air Max 90 versi lama dan Air Max 2090. Cuma yang membezakan sedikit adalah Air Max 2090 mengikuti rekaan seperti ethos.
Fleksibel
Kasut Air Max 90 versi lama memiliki rekaan tempat masuk tali kasut yang jenis lama, manakala bagi kasut Air Max 2090 pula tampil dengan rekaan yang twist sedikit yang lebih fleksibel dan memiliki rekaan yang lebih cantik selari dengan fungsi kasut yang fleksibel.
Manakala ciri-ciri kasut antara Air Max 90 dan Air Max 2090 yang masih kekal sama adalah seperti:
- Air Max 90 Mudguard – Salah satu dari tiga elemen penting yang mendapat undian ramai oleh pemakai kasut Air Max 90. Oleh itu, mudguard ini telah dikekal dan tidak berubah.
- Air Max 90 Cassette – Elemen rekaan kasut asli masih lagi dikekalkan.
- Air Max 90 Heel Logo – Logo klasik ‘Air’ masih lagi dikekalkan pada kasut.
Nike Air Max 2090 ini bakal memasuki pasaran secara global pada musim bunga ini nanti.