7 Negara Paling BEST Untuk Travel Bagi Yang Kaki Shopping

Baik mengaku cepat, korang memang kaki shopping kan?

IKLAN

Wanita dan shopping ianya satu ikatan yang tak boleh dipisahkan, tanyalah mana-mana wanita di dunia ni siapa yang tidak gemar memberi-belah. Tak banyak sikit pun, mereka mesti akan keluar membeli barangan yang mereka idamkan.

Wanita yang jenis kaki shopping ni, bukan jenis semua benda dia nak kena beli, tak. Mereka tengok juga tempat atau lokasi yang mereka berkunjung dan membeli-belah, terutama wanita yang inginkan barang-barang yang jenis high-end dan top notch gitu!

Biasa wanita yang mahukan barangang jenis ini memiliki sense fesyen mereka sendiri dan pastinya setiap apa yang dibeli mampu menonjolkan gaya penampilan peribadi serta status diri wanita. Wow, fabulous!

So, bagi wanita yang membeli-belah penulis senaraikan beberapa buah negara yang gerenti dapat beri kepuasan membeli-belah untuk kamu si kaki shopping. Jom apa tunggu lagi, mari kita lihat negara mana yang best untuk berlibur sambil membeli-belah!

#1 Milan, Itali

Foto – Arkib Wanista

Membeli-belah di Milan yang merupakan kota syurga fesyen bagi jenama-jenama terkenal dan mewah seperti Gucci, Prada dan Versace. Milan merupakan kota legenda bagi hub industri fesyen dan stail dunia.

Nak tahu destinasi terbaik untuk membeli belah di Milan? Lihat senarai di bawah!

  • Galleria Vittorio Emanuele ΙΙ
  • Zani Del Fra 
  • ΙΙ Salvagente
  • Golden Corner

#2 Dubai, United Arab Emirates

Foto – Arkib Wanista

Dubai merupakan antara destinasi terbaik untuk shopping di dunia, di sana terdapat lebih dari 100 kompleks membeli-belah terbaik untuk kamu jejaki. Oh, tidak lupa juga di sana terdapat jenama produk barangan lokal yang turut berkualiti tinggi dan terbaik.

Antaranya jenama lokal yang menarik perhatian adalah Bouguessa, Mochi, Amato dan terdapat juga bazaar-bazaar tradisional yang menawarkan produk barangan Dubai.

Tapi rasanya tidak sah kalau tak berjalan di mall Dubai bukan, korang mesti nak tahu di mana mall popular tersebutkan bukan. Nah ini antara dua mall yang popular dan sering dikunjungi untuk membeli-belah.

IKLAN
  • Dubai Mall
  • Mall of The Emirates

#3 Paris, Perancis

Foto – Arkib Wanista

Kota Paris merupakan hub destinasi terbaik untuk pencinta fesyen mendapatkan barangan ikon fesyen ternama dan up-to-date stail. Maka ini adalah destinasi shopping terbaik untuk kamu kunjungi.

Tambahan lagi, Paris sangat terkenal dengan barisan outlet-outlet shopping yang terkenal dunia dengan menawarkan pelbagai produk terbaik seperti beg tangan, kasut, pakaian, topi, aksesori dan kecantikan yang pastinya dapat memukau mata si kaki shopping seperti kamu!

Nah, ini adalah pusat membeli-belah yang wajib kamu kunjungi terutama yang kaki shopping!

  • Le Bon Marche
  • Printemps Haussmann
  • Galeries Lafayette
  • Merci
  • Champs-Elysees
  • Avenue Montaigne

#4 Moscow, Rusia

Foto – Arkib Wanista

Wah, jauh merantau ke Rusia untuk shopping ya! Tapi apa salahnya, betul tak. Bagi yang tak tahu Moscow merupakan mecca fesyen, dengan rangkaian butik-butik mewah dan glamour di Rusia. Jadi memang tak rugi jika kamu berjalan-jalan dan membeli-belah di Moscow ni.

Bagi yang tak tahu, bandaraya Moscow kaya dengan kompleks membeli-belah yang mewah dan stylish. Jadi tidak hairanlah wanita-wanita Moscow

Ini antara beberapa destinasi hub shopping di Moscow yang boleh kamu kunjungi. sentiasa kelihatan anggun dan bergaya je, dah tempat shopping pun menawarkan produk-produk hebat dan terbaik!

  • TsUM
  • Kitai-Gorod 
  • Tretyakovsky Proezd
  • Izmailovo Market
  • GUM
  • Flacon Design Centre

#5 New York, United States

Foto – Arkib Wanista

Kamu suka melihat rekaan dari pereka fesyen ternama di New York? Jika ya, ini adalah tempat shopping terbaik untuk kamu dapatkan produk eksklusif dari butik pereka fesyen terkenal dunia!

New York bukan bandar asing dalam memberikan pengalaman membeli-belah bertaraf dunia kepada pelanggannya, terutama yang datang dari golongan atasan atau bangsawan. Ini adalah beberapa lokasi terbaik untuk membeli-belah di bandaraya New York.

  • Century 21
  • Empire Outlets
  • Brookly Flea Market
  • Hudson Yards
  • Madison Avenue
  • Columbus Circle

#6 London, England

Foto – Arkib Wanista

London sangat sinonim dengan kota membeli-belah bertaraf dunia, ia merupakan destinasi pilihan kaki shopping yang inginkan produk-produk rekaan yang eksklusif dan mewah.

Ya lah, wanita mana yang boleh tahan godaan melihat barang yang bagus bukan? Terutama produk-produk kosmetik jenama terkenal dunia, pakaian, kasut dan beg tangan yang pastinya merupakan item kegemaran wanita!

Ingin tahu di mana untuk shopping di kota London, ini destinasinya!

  • Department store Liberty
  • Harrods
  • Selfridges
  • Dover Street Market
  • Camden Market
  • Oxford Street

#7 Seoul, Korea Selatan

Foto – Arkib Wanista

Seoul telah menjadi destinasi kaki shopping yang ingin menjadi produk-produk kecantikan wajah dan tubuh semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Dan tahun ini, Seoul sekali lagi telah menjadi tumpuan buat kaki shopping bagi mencari produk kecantikan dan fesyen ala K-Pop di sana.

Antara destinasi terbaik untuk membeli-belah adalah:

  • Doota Mall
  • Seoul Folk Flea Market
  • Nam Dae Mun Market

Ramai yang telah berkunjung ke sini untuk mencari cenderamata apabila melancong dan juga mencari barang-barang berjenama di Korea.

Seronoknya dapat melancong sambil shopping, jadi antara tujuh buah negara yang penulis senaraikan di atas, kamu pilih yang mana sebagai destinasi membeli-belah? Kalau penulis pilih untuk shopping di Moscow atau Paris, ewah!

Apa-apa pun selamat membeli-belah!

Rujukan: 1, 2,

7 negara paling best shoppingkaki shoppingkembarashopping tahun 2020tempat terbaik untuk shopping
Recommended