Azam 2020 Nak Kurus, Hanis Zalikha Kongsi 3 Tips Yang Diamalkan

Walaupun sekarang dah masuk Februari, penulis pasti ada yang masih memikirkan tentang resolusi 2020 mereka.

IKLAN

Punyalah panjang senarai resolusi, salah satu semestinya “NAK KURUS, NAK DAPAT BERAT BADAN IDEAL” dan macam-macam lagi.

Hanis Zalikha yang merupakan blogger, usahawan, pelakon dan pengacara berkongsi tips atau perubahan kecil yang dilakukan untuk maintain seperti remaja.

Melalui IG TV, Hanis berkata makan roti wholemeal, kudapan buah-buahan dan minum air yogurt antara amalan dia dan juga keluarga untuk kekal sihat luar dan dalam.

Roti Wholemeal

Hanis berkata, dia dan keluarga menolak roti putih sepenuhnya. Sekarang dia hanya makan roti jenis wholemeal sahaja. Roti wholemeal adalah roti gandum penuh yang tinggi serat makanan. Roti ini membuatkan seseorang berasa kenyang selepas memakannya.

IKLAN
Foto – Gardenia

Bagi yang ingin menurunkan berat badan, kamu disarankan makan roti wholemeal kerana kandungan seratnya tinggi dan nilai G.I lebih rendah. G.I adalah singkatan kepada Glycemic Indeks, merupakan ukuran relatif bagaimana sesuatu makanan yang mengandungi karbohidrat memberi kesan kepada tahap gula dalam darah. Lebih tinggi nilai G.I bermakna lebih pantas makanan tersebut diproses dalam badan dan tahap gula akan naik dengan cepat.

Kudapan Buah-Buahan

Hanis juga sukakan kudapan atau suka mengunyah. Biasanya orang akan mengunyah kerepek atau keropok, tapi lain pula bagi Hanis. Hanis memilih buah-buahan! Setiap kali beli buah-buahan, setengah disimpan dalam peti sejuk dan setengah lagi diletak dalam bekas (plastik atau kaca). Cuci dan susun dalam bowl cantik-cantik, jadi setiap kali rasa nak mengunyah, capai sahaja buah-buahan tersebut.

Foto – iStock

Bukan sahaja baik untuk kesihatan malah kecantikan kulit wajah juga terjamin dengan mengamalkan buah-buahan yang mengandungi banyak nutrien. Daripada tak suka makan pisang, terus jadi suka!

Minum Air Yogurt

Ada orang sehari tak minum air manis, atau air bergas rasa tak selesa. Tapi nak sihat malah menurunkan berat badan, sebaiknya minum air putih. Tapi biasalah ada kala mahukan minuman manis, jadi cara Hanis dengan minum minuman yogurt.

Foto – Ohbulan

Hanis memilih minuman Nestle Lactel Bliss kerana ia mengandungi jus buah-buahan yang sebenar dan rendah dalam lemak. Rasa manis dari ekstrak buah-buahan sebenar yang sedap dan lemak berkrim membuatkan kamu rasa kenyang setiap kali minum.

Penutup video, Hanis menjelaskan betapa penting perubahan kecil dilakukan sekarang supaya hidup lebih sihat dan terjamin. Jika Hanis boleh lakukan, maka anda juga boleh!

Selamat Beramal!

azam 2020azam kuruscara hanis zalikha kuruscara kurushanis zalikhakurus cara hanis zalikhatips hanis zalikhatips kurus