Akhirnya penghibur genit comel lote, Selena Gomez berkongsi rahsia kejelitaan kepada umum.
Mendedahkan teaser di Instagram, Selena Gomez menamakan kosmetiknya Rare Beauty. Dalam video tersebut, Selena menunjukkan dia mencuba pelbagai produk kosmetik dan sedang bertungkus lumus menyiapkan diri untuk pelancaran.
Masih belum diketahui produk mekap apa yang akan diketengahkan, Selena berkata Rare Beauty adalah lain daripada yang lain, Rare Beauty memberi keselesaan kepada anda untuk bermain dengan mekap, memupuk keyakinan untuk mendapatkan apa jenis riasan di wajah tanpa penghakiman orang lain.
“Rare Beauty isn’t about how other people see you. It’s about how you see yourself.”
Selena berkata dia memulakan projek Rare Beauty dua tahun lalu dengan kerjasama beberapa jurumekap ternama di dunia. Selepas video pengumuman Rare Beauty, akaun Instagram rasmi jenama itu telah mengumpul lebih 1 juta pengikut.
Nampaknya semua orang tidak sabar mahu menantikan kosmetik yang dilahirkan Selena Gomez. Kata Selena, Rare Beauty akan berada di Sephora pada musim panas tahun ini.
Jadi sama-sama kita nantikan!