Kenapa Solekan “No-Makeup Look” Terbaik Untuk Majlis Kahwin

Bakal raja sehari mesti gemuruh mengenangkan hari bahagia bakal menjelma tiba.

IKLAN

Semua persiapan dah sedia? Kita semua tahu solekan pada hari perkahwinan sangat penting kerana pada waktu itulah kita mahu kelihatan berseri dan paling menonjol. Bukan sahaja busana, malah tatarias juga menjadi tumpuan utama para tetamu yang datang. Wanista tak mahulah bila busana kahwin dah gah, dandanan rambut atau hijab dah stail, tapi tiba-tiba solekan ada yang kurang.

Bila hadir ke majlis kahwin, rata-rata pengantin di Malaysia gemar memilih untuk melakukan heavy makeup dan bermain warna-warna garang, contohnya smokey eyes. Jarang sekali mahu tampil ringkas ala natural. Katanya takut tak naik seri dan kurang bermaya, walhal solekan ‘no-makeup look’ la antara yang cantik malah nampak semulajadi serta manisnya.

Baca : Inspirasi Mekap Kahwin ‘Natural’ Dari Karpet Merah Hollywood

Solekan natural bukan bermakna bebas riasan cumanya ia lebih light secara keseluruhan, cara kamu mengenakan eyeshadow, blusher dan gincu dalam warna yang dekat dengan nada kulit. Jangan tak tahu, solekan serba natural ini juga menjadi pilihan selebriti masa kini, contoh terdekat pada Meghan Markle.

Wanista beritahu sebab kenapa kamu perlu pertimbangkan solekan stail ‘no-makeup look’ untuk hari bahagia nanti.

Cuaca panas di Malaysia

Kita tahu negara kita 90% adalah cuaca panas. Jadi, memakai asas ringan dapat membantu kulit bernafas dan kamu tidak perlu risau akan solekan cair dan sebagainya.

Foto – Cosmopolitan PH

Kamu kelihatan lebih muda

Ciri semulajadi anda lebih menarik apabila anda menggunakan warna yang tidak terlalu tebal. Sebagai contoh, feature seperti freckles tidak perlu ditutup kerana itu yang menambahkan seri. Tetapi jika pengantin perempuan mahukan kelainan tambahan, mereka boleh aplikasikan highlighter pada tulang pipi atau mungkin lip gloss di bibir.

Foto – IG

Sangat klasik

10 tahun dari sekarang, anda tidak perlu cringe lagi bila melihat gambar perkahwinan, lagi-lagi trend solekan. Anda sebenarnya akan kelihatan seperti diri anda sendiri, yang menjadikannya kekal abadi.

IKLAN
Foto – IG

Pilihan perkahwinan diraja

Lihat sahaja solekan Meghan Markle ketika hari bahagianya, sangat ringkas sehinggakan freckles masih jelas kelihatan. Meghan hanya memberi tumpuan pada solekan mata untuk memberi kesan dramatik. Begitu juga Tun Aminah, di mana beliau sangat fokuskan pada kening dan maskara, selebihnya hanya solekan nude biasa.

Foto – Mukah Pages

Baca : 5 Perkara Asas Untuk Dapat Solekan Seperti Tunku Tun Aminah

Menjaga kulit

Tun Aminah sangat menitik berat soal penjagaan kulit wajah berbanding solekan. Beliau menekankan tiga kali sehari dengan mencuci wajah sebersihnya. Bayangkan bila kulit bersih, kamu rasa lebih berkeyakinan dalam apa jua solekan tanpa rasa sangsi. Lagipun solekan berat juga berkemungkinan memberi haru pada kulit – timbulnya ruam, jerawat, bintik-bintik yang hanya membuatkan kamu bertambah stress.

Foto – Stylecaster

Jadi, dah pilih nak trend solekan mana untuk wedding nanti? Jangan pening kepala dan fikir betul-betul.

Selamat Beramal!

majlis kahwinmekapmekap kahwinmekap majlis kahwinmekap naturalno makeup lookSolekan Naturalsolekan no-makeup looktips mekap natural
Recommended