Adakah kamu peminat keju, jika ya kamu mungkin suka dengan dekorasi hotel ini!
Ini bukan pertama kali hotel-hotel antarabangsa membuat dekorasi yang lain daripada yang lain, contohnya terdapat hotel yang bertemakan dengan konsep seperti Hello Kitty, permainan video Atari, Harry Potter dan konsep fantasi yang lain.
Jadi tidak hairanlah terdapat hotel yang tampil dengan konsep keju pula!
https://www.instagram.com/p/B7Dc7VVFOQf/
Hotel yang berkonsepkan keju ini merupakan hotel penginapan yang pertama di United Kingdom. Hotel ini di bina oleh rangkaian restauran terkenal dunia yang dikenali sebagai Cafe Rouge, konsep hotel bertemakan keju ini menawarkan kepada pencinta keju di seluruh dunia merasai pengalaman menginap dalam dunia keju!
Bilik suite keju yang terletak di Camden, London ini menampilkan dekorasi 100% dengan konsep keju. Baik dari segi kertas dinding, hasil kerja seni, bilik tidur, ruang tamu dan barang mandian juga berkonsepkan keju! Wow, hebat bukan?
Restauran Cafe Rouge yang mengilhamkan hotel dengan konsep keju di bina selepas mendapat laporan bahawa lebih kurang 700,000 tan keju di makan oleh manusia saban tahun dan ini bermakna seorang individu memakan lebih kurang 27.4 gram keju sehari!
Justeru itu, suite keju yang di bina oleh Cafe Rouge ini pastinya akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari peminat keju di seluruh dunia.
Bagi pelanggan yang menginap di hotel tema keju ini pastinya akan merasai pengalaman seperti berada di dunia keju. Tambahan lagi pelanggan juga akan berasa di inspirasi untuk memasak makanan yang lazat di dapur bilik suite ini, apabila membaca pelbagai resepi hidangan berkeju.
Selain itu, pelanggan yang menginap juga boleh menghubungi ‘cheese hotline delivery service’ bagi mendapatkan hidangan berkeju yang lazat secara terus dari Cafe Rouge.
Kaki foodie wajib cuba menginap di hotel tema keju ni, jika berpeluang kerana hotel tema keju ini di buka untuk sementara sahaja bagi menyambut menu musim sejuk. Hotel ini akan di buka sehingga hari Rabu, 6 Februari 2020.
Bagi yang ingin menginap di hotel keju ini, kamu perlu menyertai undian di [SINI] untuk menginap selama satu malam. Pemenang akan di pilih secara rawak dan tarikh akhir penyertaan adalah sehingga jam 11.59 malam pada 6 Februari 2020.
Jadi siapa yang melancong ke London awal bulan Februari ini nanti, boleh mencuba nasib mana tahu nama kamu terpilih sebagai pemenang.
Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cafe Rouge dan hotel keju ini, boleh ikuti akaun Instagram mereka.