Kehangatan Anugerah Grammy yang berlangsung pada Ahad lalu meninggalkan sejarah apabila penyanyi muda Billie Eilish mencipta rekod memenangi anugerah utama – Artis Baru Terbaik, Rekod Terbaik, Lagu Terbaik, dan Album Terbaik. Tahniah diucapkan!
Tapi sepanjang karpet merah, fesyen Priyanka Chopra yang menjadi perbualan netizen. Mana tidaknya bekas Ratu Cantik Dunia 2000 ini tampil dalam gaun yang mendedahkan belahan di payudara sehingga ke perut, menampakkan tindikan di pusat. Yang tak cantik apabila kulit Priyanka kelihatan kusam dan langsung tiada sinar, tidak seperti Beyonce, J.Lo atau Rihanna (walau mereka pakai seksi tapi kulit nampak sihat dan glowing). Mungkin Priyanka terlupa mahu meletakkan body glow akibat terlalu teruja.
Pada pendapat penulis, Priyanka sepatutnya mengenakan gaun atau dress yang sopan, atau mungkin ada unsur-unsur ketimuran India seperti suntikan tradisional dan moden disatukan.
Bukan itu sahaja, ada netizen merasakan fesyen Priyanka makin seksi sejak memasuki dunia Hollywood. Ada juga berkata Priyanka seksi kerana mahu bersaing dengan ipar duai yang cantik-cantik, contoh terdekat ialah aktres Sophie Turner yang merupakan isteri Joe Jonas. Atau mahu nampak muda supaya sepadan dengan suaminya Nick Jonas.
Entahlah macam-macam pendapat ada… tapi selain gaun Grammy yang dikecam teruk, Priyanka sebenarnya memang sudah seksi sejak dulu lagi. Lihat beberapa outfit mencolok mata yang pernah dipakai Priyanka.
#1 Priyanka mengenakan suits ketika hadirkan diri ke Beautycon Los Angeles 2019. Yang menjadi perhatian adalah baju jarang hitam yang jelas menonjolkan aset peribadi.
#2 Dah nama Met Gala, mesti kena tampil fesyen yang luar biasa. Priyanka tidaklah seksi mana, cuma belahan pada kain terlalu tinggi sehingga nampak seluar dalam.
#3 Gaun sequin rona putih yang mendedahkan payudara dan belahan dari kaki sehingga ke peha. Lagi sekali Priyanka gagal pakai body glow, nampak kulit tak berseri.
#4 Sari yang dimodenkan. Syabas kerana mengenakan persalinan tradisional tapi lebih baik jika selendang dipakai dengan betul, menutupi badan – daripada nak tayang perut yang tak berapa nak ramping.
Cantik!
Rasanya dah sampai masa Priyanka pecat stylist yang sedia ada…