Idea Aneka Resepi Sup Untuk Badan Ramping Menggoda Bak Nur Sajat

Siapa di sini penggemar sup? Makan nasi putih bersama sup ayam atau sup daging, sup sayur dengan sambal belacan, ditambah ulaman pun dah cukup.

IKLAN

Sup sering disajikan sebagai makanan sampingan atau pembuka selera sesetengah hidangan. Nak tahu, sup sebenarnya mengandungi 101 khasiat tersembunyi yang selama ini dipandang enteng. Pengambilan sup atau salad sebelum anda mengambil makanan berat dapat mengelakkan anda daripada mengambil makanan berat yang banyak. Sup boleh dikategorikan sebagai makanan global di mana cara penyediaan dan kandungan sup berbeza mengikut budaya dan gaya hidup sesebuah masyarakat.

Foto – Simply Recipes Food

Contohnya, sup sayur pasti akan membuatkan anda mendapat pinggang yang ramping. Ini kerana ia tidak mengandungi kalori yang banyak. Manakala ia akan membantu mengurangkan berat badan dan elakkan berat badan daripada naik semula. Mulakan dengan satu cawan sodium yang rendah, sup sayur rendah lemak setiap hari.

Jika diamalkan secara betul, boleh sahaja anda mendapatkan bentuk badan ideal seperti Nur Sajat. Korang follow Nur Sajat di Instagram? Kalau follow, mesti selalu stalk video dan gambar dia kan. Dia cukup yakin menayang pinggang ramping dengan pinggul yang betul-betul bulat, tubuhnya tak ubah seperti Kardashian. Kita yang perempuan pun kagum melihatnya.

Foto – Xtra

Jadi, jika anda ingin body seperti Nur Sajat… beberapa resepi sup di bawah boleh anda cuba untuk dijadikan hidangan. Berkhasiat dan mengenyangkan! Lagi satu, inilah rahsia wanita Jepun yang sentiasa kurus dan comel lote.

Sup Wantan ‘Homemade’

Foto – Wany Lifa/Facebook

Bahan untuk membuat wantan

  • 300 gram daging ayam cincang
  • Setengah batang lobak merah (diparut)
  • 1 biji bawang besar (dicincang halus)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Daun sup (dipotong halus)
  • Daun bawang (dipotong halus)
  • 2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 sudu minyak bijan
  • 2 sudu serbuk perasa (jenama Maggi Cukup Rasa)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • Kulit wantan (boleh dibeli di pasar raya atau kedai)

Bahan sup

  • 6 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
  • 1 inci halia (diketuk dan dicincang)
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Kiub ayam (jenama Maggi)
  • Garam dan gula (secukupnya)

Cara penyediaan

  • Mula-mula buat wantan terlebih dahulu. Campurkan semua bahan inti wantan kecuali kulit wantan. Gaulkan sehingga sebati dan perap selama 10 minit. Letak inti pada kulit wantan. Kemudian, kelim wantan mengikut kreativiti. Apabila wantan sudah siap dibalut, kukus dalam pengukus selama 10 minit.
  • Cara buat sup, mula-mula tumiskan bawang putih dan halia sampai naik bau. Masukkan satu mangkuk air di dalam periuk. Masukkan minyak bijan, lada sulah, kiub ayam Maggi, garam dan gula secukupnya. Biarkan sup mendidih.
  • Kemudian, masukkan wantan yang sudah siap dikukus ke dalam periuk. Biarkan reneh selama 2 hingga 3 minit. Seterusnya, taburkan daun bawang.
  • Sup wantan sudah siap!

Sup Telur Serba Ringkas

Foto – Cik Puan Julieta/FB sklicious

Bahan

IKLAN
  • 2 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih *
  • 1 inci halia *
  • Batang sederi*
  • 4 biji telor
  • Sedikit suhun & pucuk
  • Cendawan kering
  • ½ ketul pati kiub ayam
  • Daun sup
  • Garam
  • 2 biji ubi kentang potong kecil

Cara membuat

  • Hiris nipis bahan bertanda *** kemudian tumis bahan sampai wangi dan kekuningan. Selepas itu, masukkan air mengikut sukatan masing-masing.
  • Masukkan ubi kentang dan masak sampai empuk. Dah empuk, masuk cendawan, cendawan kering direndam terlebih dahulu dengan air panas selama 15 minit.
  • Masukkan suhun dan sayur pucuk yang sudah direndam seketika.
  • Perasakan dengan kiub pati ayam, pecah telur dan biar mendidih. Jangan kacau nanti telur hancur.
  • Biar menidih seketika, pastu tabur daun sup, padam api siap.

Sup Ayam Sedap Dan Mudah

Foto – FB Resepi Sedap

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 3 biji kentang potong 4 belah
  • 2 biji tomato potong 4 belah
  • 1 sup bunjut adabi
  • 1 biji bawang besar yang telah dihiris
  • 3 ulas bawang putih yang telah dihiris
  • 1 inci halia yang dihiris halus
  • 1 pokok daun sup yang dicincang kasar
  • Bawang goreng secukupnya
  • Air secukupnya

Cara memasak

  • Masukkan semua bahan kecuali daun sup dan tomato ke dalam periuk. Didihkan periuk di atas api.
  • Bila sudah mendidih, masukkan garam dan sedikit serbuk perasa dan kacau dengan rata.
  • Teruskan proses memasak menggunakan api sederhana perlahan sehingga ayam dan ubi kentang empuk dimasak.
  • Masukkan pula daun sup dan tomato, kacau dengan rata.
  • Sedia untuk dihidang dan makan.

Sup Sawi Fishball

Foto – FB Nur Nadia

Bahan-bahan

  • 2 pohon sawi, dipotong
  • 1 bungkus fishball (dalam 12 biji fishball)
  • 1 cawan udang
  • 2 cawan air

Bahan hiris nipis/tumbuk

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar

Cara memasak

  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan hiris hingga wangi.
  • Masukkan air dan biarkan mendidih.
  • Masukkan udang, fishball, sawi, garam dan sedikit serbuk perasa. Biarkan mendidih lagi sekali.
  • Sedia untuk dihidang.

Sup Campur Ala Cina

Foto – FB Nur Nadia

Bahan-bahan

  • 50g bunga kubis
  • 5 ulas kacang buncis
  • 1 biji lada benggala – dipotong dadu
  • 2 biji lobak merah – dipotong nipis
  • 5 ulas bawang putih – dikisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit stok ayam
  • 50ml air
  • 2 sudu tepung jagung – dibancuh dengan air
  • 2 biji cili merah – dipotong kecil (untuk hiasan)
  • 10g bawang merah – digoreng (untuk hiasan)

Cara penyediaan

  • Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bawang putih.
  • Masukkan air, stok ayam dan sos tiram.
  • Masukkan garam dan air bancuhan tepung jagung.
  • Kacau sos sehingga pekat dan masukkan sayur-sayuran.
  • Kacau sampai mendidih dan masukkan cili merah serta bawang goreng.

Sup Ikan Merah

Foto – Azie Kitchen/FB Resepi Masakan

Bahan-bahan

  • 1 ekor Ikan Merah
  • 3 ulas bawang merah – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 1/2 inci halia – hiris kasar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 biji ubi kentang – jika suka
  • 1 batang karot – hiris nipis
  • 1 sudu lada hitam – tumbuk kasar
  • 1-2 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
  • Garam – jika perlu
  • Daun sup/daun bawang
  • Bawang goreng

Cara penyediaan

  • Panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah, bawang putih yang dihiris bersama kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
  • Masukkan air secukupnya. Masukkan ubi kentang dan karot dan masak sehingga hampir lembut.
  • Kemudian masukkan ikan, garam, lada hitam dan serbuk MAGGI Cukup Rasa.
  • Setelah kentang empuk, taburkan daun bawang dan tutup api. Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng.

Sedapkan semua? Apa lagi cubalah.. Selamat Menjamu Selera!

RUJUKAN : 123456

aneka supbadan nur sajatbentuk badan sajatbody nur sajatgambar seksi nur sajatNur Sajatresepi aneka supresepi sup