Siapa tidak kenal dengan penyanyi lagu popular ‘Love You Like a Love Song’, Selena Gomez. Suaranya yang lunak membuatkan pendengar lagunya seolah-olah di pukau dek kemerduan suaranya.
Penyanyi, penulis lagu merangkap pelakon dan produser televisyen ini, bukan saja berbakat tetapi juga memiliki gaya penampilan diri yang ranggi.
Antara penampilan Selena yang mencuri perhatian adalah gaya potongan rambutnya. Setiap kali ada kemunculan baru, Selena akan membuat gaya dan potongan rambut yang baru dan hampir ke semua stail rambutnya menjadi ikutan ramai.
Ingin tahu stail rambut Selena yang popular, baca selanjutnya di bawah!
#1 Gaya Retro Chic
Tahun 2020, Selena tampil dengan gaya rambut retro chic bagi mempromosikan album pertama setelah lima tahun. Gaya rambut yang ranggi ini membuatkan Selena kelihatan lima tahun lebih muda dari usia sebenarnya!
#2 Ikatan Sleek Bun
Wah nampak berkarisma betul Selena dengan gaya rambut bun macam ni. Gaya rambut ikatan bun seperti ini bukan sahaja kemas, malah ia juga membuatkan diri Selena kelihatan matang gitu!
#3 Stail Potongan Bob
Tahun lepas Selena tampil bergaya dengan potongan rambut bob yang elegan, sesuai dengan penampilan dirinya yang menghadiri majlis American Music Awards. Selena tampak berkeyakinan dan berseri.
#4 Gaya Potongan Bang
Selena gemar mencuba potongan rambut yang comel dan menarik. Kali ini Selena menampilkan rambut sederhana panjang bersama potongan bang di bahagian hadapan. Serius lawa.
#5 Stail Ponytail
Gaya santai dengan hanya ikatan rambut ponytail sudah cukup mengangkat kejelitaan wajah Selena. Siapa kata stail ponytail tak lawa.
#6 Gaya Rambut Lurus
Kembali dengan gaya klasik, Selena kelihatan anggun dengan gaya rambut lurus yang menawan. Gaya rambut lurus bukan saja mudah dijaga, ianya juga gaya yang ringkas dan elegan!
Bagi yang tengah cari inspirasi gaya rambut untuk tahun ini, boleh tengok gaya rambut Selena yang popular ni, mana tahu ada yang gaya rambut yang berkenan!