5 Benda Kamu Boleh Lakukan Dekat Spotify Selain Dengar Muzik

Dunia tanpa muzik umpama, taman yang tiada bunga.

IKLAN

Muzik telah sebati dalam kehidupan seharian dan kebanyakan dari kita mendengar lagu menerusi aplikasi-aplikasi muzik yang terdapat dalam App Store dan Google Play. Tapi antara aplikasi yang popular dan ramai orang guna adalah Spotify.

Spotify telah menjadi platform utama bagi kita semua untuk mendengar lagu. Tapi apa lagi yang boleh kita gunakan pada platform Spotify ini. Sebenarnya ada banyak kelebihan dan kegunaan lain yang boleh digunakan di Spotify selain mendengar lagu.

Berikut wanista senaraikan fungsi lain yang terdapat dalam Spotify yang kamu semua tak tahu.

Bunyi ASMR

Foto – Arkib Wanista

Kamu suka dengar bunyi ASMR, di Spotify terdapat bahagian ASMR yang didedikasikan khas untuk pencinta bunyi ASMR seperti kamu.

Buka Spotify, kamu pergi kebahagian ‘Search’ kemudian pilih kategori ‘Sleep’ dan di situ kamu cari tajuk ‘ASMR Sound’. Di dalamnya terdapat banyak bunyi ASMR yang buatkan kamu puas hati.

Antara bunyi-bunyi ASMR yang terdapat dalam bahagian ASMR adalah bunyi menulis di atas kerta, bunyi melipat kertas, bunyi berus yang berbeza, bunyi hujan dan banyak lagi bunyi-bunyi lain di himpunkan dalam bahagian ASMR Spotify.

Belajar Bahasa Baru

Foto – Arkib Wanista

Kamu gemar dan ingin cuba belajar bahasa baru tetapi tak mampu nak pergi kelas yang bayar mahal, nah di Spotify kamu boleh belajar bahasa secara percuma. Seronoknya!

Buka Spotify, kamu pergi bahagian ‘Search’ kemudian pilih ‘Word’ di situ akan keluar senarai bahasa-bahasa seperti Chinese, Rusia, Irish, Portugis, Swedish dan banyak lagi.

Jika kamu ingin mempelajari bahasa asing, caranya cukup mudah buka Spotify dan belajar dengan senang hati!

IKLAN

Buku Audio

Foto – Arkib Wanista

Dalam Spotify juga terdapat buku-buku audio, ia menampilkan seleksi buku audio dengan pelbagai jenis genre dan tajuk yang pastinya akan membuatkan kamu tertarik untuk membacanya. Jadi jika kamu ingin mencari buku cerita yang best dan menarik, di Spotify ada bukunya.

Buka Spotify, pergi bahagian ‘Search’ kemudian pilih ‘Word’ dan di situ akan muncul pelbagai tajuk-tajuk buku cerita audio yang boleh kamu dengari.

Tiket Konsert

Foto – Arkib Wanista

Kamu suka pergi konsert dan ingin dapatkan tiket konsert tapi malas nak beratur panjang, di Spotify ada jalan penyelesaiannya. Kini kamu boleh beli tiket konsert dengan mudah dalam aplikasi Spotify, bukan saja caranya sangat mudah malah kamu juga dapat melihat tarikh-tarikh konsert yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Nak tahu macam, buka Spotify kemudia pergi bahagian ‘Search’ dan pilih ‘Concerts’. Di situ akan keluar senarai-senarai konsert yang bakal berlangsung, kamu pilih konsert yang ingin kamu pergi dan klik bahagian ‘Find Ticket’, ia akan bawa kamu ke laman web yang menjual tiket konsert tersebut.

Praktis Meditasi

Foto – Arkib Wanista

Jika kamu ingin mencari ketenangan dan ingin bermeditasi, Spotify menyediakan bunyi-bunyi yang menenangkan jiwa dan sesuai untuk digunakan apabila bermeditasi secara bersendirian di rumah atau di mana sahaja kamu berada.

Cara adalah buka Sptify,pergi bahagian ‘Search’ kemudian pilih kategori ‘Wellness’ dan nanti akan keluar lapan jenis kategori bunyi mengikut kesesuaian aktiviti yang kamu ingin lakukan.

Antara kategori bunyi mengikut aktiviti adalah yoga, nature sounds, self love, exercise, meditation dan banyak lagi. Jadi lepas ni tak perlu lagi susah payah buka CD semata-mata nak dengar bunyi yang sesuai untuk meditasi dan sebagainya.

Wah, macam-macam rupanya fungsi Spotify yang kita tak tahu ya. Jadi lepas ini, guna aplikasi Spotify sebaik mungkin. Kini Spotify bukan sekadar platform mendengar lagu tetapi ia juga memiliki fungsi lain yang boleh digunakan.

RUJUKAN

5 benda Boleh Lakukan Di SpotifyBeli Tiket Di SpotifyDengar Buku Audio Di SpotifyDengar Bunyi ASMR Di SpotifyFungsi Lain Pada SpotifyPlatform Spotify Bukan Sekadar MuzikRahsia Spotifyspotify