Sama senarionya dengan jenis kopi. Keju juga ada banyak jenis yang disesuaikan mengikut pelbagai makanan.
Baca : Apa Beza Kopi Cappucino Dengan Latte? Ketahui Perbezaan Setiap Minuman Kopi
Yang pening bila kita ke pasaraya, berdiri di depan rak keju dan mahu membelinya. Tak tahu mana satu cheddar, mana pula brie, yang mana sesuai untuk carbonara, atau mungkin juga pizza. Aduh boleh stres jadinya.
Baiklah, edisi kali ini Wanista kupaskan perbezaan kesemua jenis keju serta khasiat yang terkandung.
Brie
Brie adalah keju berkrim, tinggi lemak dengan rasa lembut dan ringan. Selalunya dipadankan bersama minuman keras dan dimakan bersama buah-buahan.
- Kalori – 334 kcal
- Karbohidrat – 0.5g
- Lemak – 27.7g
- Protein – 20.7g
Cheddar
Merupakan keju paling dikenali seluruh dunia. Keju jenis cheddar mempunyai pelbagai jenis dengan rasa yang berbeza, dari ringan sehinggalah berat. Sedap jika dibuat mac n cheese.
- Kalori – 403 kcal
- Karbohidrat – 1.3g
- Lemak – 33.1g
- Protein – 24.9g
Camembert
Camembert mempunyai rasa yang lebih kuat dan lebih dalam. Ia lebih beraroma dan adakalanya sedikit berbau masam. Kerana bau yang kuat menyebabkan keju ini kurang disukai orang.
- Kalori – 300 kcal
- Karbohidrat – 0.5g
- Lemak – 24.3g
- Protein – 19.8g
Cottage Cheese
Cottage cheese adalah keju lembut yang dibuat dari dadih dan miliki rasa masam. Keju ini miliki banyak kegunaan, terutama dalam masakan dan sebagai pengganti keju ricotta.
- Kalori – 98kcal
- Karbohidrat – 3.4g
- Lemak – 4.3g
- Protein – 11.1g
Cream Cheese
Rasanya lembut dan lemak berkrim, enak dimakan plain atau dengan tambahan bawang putih dan chives.
- Kalori – 342kcal
- Karbohidrat – 4.1g
- Lemak – 34.2g
- Protein – 5.9g
Feta Cheese
Feta mempunyai rasa yang unik, ia sangat lembut dan berkrim dengan rasa masin dan tajam juga. Walau bagaimanapun, rasa boleh berbeza-beza bergantung kepada cara disedia atau dimasak. Feta boleh dimasak, dimakan mentah dalam salad, atau diperap bersama minyak zaitun dan beberapa herba.
- Kalori – 264 kcal
- Karbohidrat – 4.1g
- Lemak – 21.3g
- Protein – 14.2g
Gorgonzola
Berwarna kekuningan dan putih dengan hijau kebiruan. Dipanggil juga blue cheese mempunyai rasa yang agak ringan dan sedikit manis. Boleh dimakan begitu sahaja atau makanan lain.
- Kalori – 353 kcal
- Karbohidrat – 2.3 g
- Lemak – 28.7 g
- Protein – 21.4 g
Gouda
Warna kuning cair ke kuning pekat. Rasa bergantung kepada jenis dan tekstur keju – dari ringan hinggalah ke sedikit tajam.
- Kalori – 356 kcal
- Karbohidrat – 2.2 g
- Lemak – 27.4 g
- Protein – 24.9 g
Gruyere
Gruyere boleh dimakan sendiri, tetapi selalunya diparut sebagai topping pada kebanyakan makanan. Ia juga merupakan ramuan biasa dalam sandwic bakar, dan pelbagai sup dan stews.
- Kalori – 413 kcal
- Karbohidrat – 0.4 g
- Lemak – 32.3 g
- Protein – 29.8 g
Parmesan
Keju paling biasa dan popular diguna. Boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan ramuan dalam masakan. Mempunyai rasa yang sangat kaya dan sedap.
- Kalori – 431 kcal
- Karbohidrat – 4.1 g
- Lemak – 28.6 g
- Protein – 38.5 g
Mascarpone
Makanan yang menggunakan mascarpone termasuk pencuci mulut tiramisu dan risotto, dan juga cheesecake. Dari segi rupa, mascarpone berwarna putih krim, dan kelihatan seperti yogurt atau versi krim masam yang lebih tebal. Mascarpone mempunyai rasa yang lemak berkrim dan agak ringan, tidak terlalu muak.
- Kalori – 429 kcal
- Karbohidrat – 0 g
- Lemak – 46.4 g
- Protein – 7.1 g
Mozzarella
Mozzarella datang dalam dua jenis, segar dan kering. Versi segar sedap dimakan begitu atau dengan minyak zaitun dan herba. Ia juga sering dijadikan bahan dalam pelbagai salad. Sebaliknya, jenis kering adalah untuk tujuan masakan seperti pizza, lasagna dan pelbagai hidangan bakar lain.
- Kalori – 318 kcal
- Karbohidrat – 2.5 g
- Lemak – 24.6 g
- Protein – 21.6 g
Roquefort
Rupanya sama sahaja seperti gorgonzola. Roquefort adalah blue cheese yang enak dan beraroma dari Perancis.
- Kalori – 369 kcal
- Karbohidrat – 2 g
- Lemak – 30.6 g
- Protein – 21.5 g
Havarti
Havarti adalah keju lembut dan berkrim dari Demark. Pasangan hebat dengan wain, stik, buah-buahan, dan ada juga yang suka membakarnya.
- Kalori – 292 kcal
- Karbohidrat – 1.4 g
- Lemak – 18.5 g
- Protein – 30.1 g
Wensleydale
Wensleydale adalah keju British yang popular dan ia sering mengandungi buah kering seperti cranberi dan aprikot.
- Kalori – 385 kcal
- Karbohidrat – 0.1 g
- Lemak – 31.8 g
- Protein – 23.7 g
Ricotta
Terkenal kerana mempunyai beberapa manfaat kesihatan. Ia lebih rendah kalori daripada kebanyakan pilihan keju lain dan kaya dengan sumber protein. Versi ricotta rendah lemak sangat popular dikalangan atlet dan ahli bina badan kerana ketumpatan proteinnya yang mengagumkan.
- Kalori – 174 kcal
- Karbohidrat – 3.0 g
- Lemak – 13.0 g
- Protein – 11.3 g
Dah kenal, jadi mana satu yang sedap? Sebenarnya ia agak subjektif kerana setiap individu miliki deria rasa yang berbeza.
Jadi, keju yang terbaik adalah yang paling anda enjoy makan!