Mungkin sekarang ramai yang dah tak pandang Secret Recipe. Manakan tidak dengan kebanjiran kafe Korea dan Jepun serta ala-ala hipster, jadi sesiapa yang pergi ke Secret Recipe nampak macam tak ‘up to date.’
Tak kisahlah lain orang lain caranya. Nak tanya, bila ke Secret Recipe, korang singgah makan atau sekadar cari kek? Pada yang nak cari kek, penulis senaraikan pilihan kek popular dan sedap sepanjang zaman di Secret Recipe yang dikongsikan netizen.
#1 Chocolate Indulgence
Kek lemak berkrim yang kaya dengan coklat Belgian dan dilapisi coklat putih.
#2 Black Forest
Kek coklat yang dipenuhi dengan ceri dan ditaburi kepingan coklat serta rasa krim.
#3 Chocolate Brulee
Yang menjadi kegemaran kerana ada tiga layer (mud, coklat mousse, brulee) dengan rasa tersendiri dan enak.
#4 Red Velvet
Kek span dengan lapisan cream cheese dan apricot bits.
#5 Hokkaido Triple Cheese
Mempunyai tiga lapisan keju (mascarpone, cream cheese, parmesan) yang memikat.
Yang mana korang paling suka? Kalau tanya penulis, all time favorite tentu sekali blueberry cheesecake. Rasa manis tak keterlaluan, dan ada sedikit masam, itu yang best!
Selamat Menjamu Selera.