Safron, merupakan herba termahal di dunia dan terkenal dengan pelbagai khasiat sejak berabad lamanya, kini jenama tempatan Safi menjadikannya sebagai bintang.
Safron atau nama saintifiknya Crocus Sativus L. juga merupakan superfood kerana kaya dengan crocin – sejenis bahan kimia yang memberikan rona merah kepada stigma safron. Crocin tinggi kandungan antioksida, melindungi kulit dari pencemaran serta mencerahkan dan meningkatkan mutu kondisi kulit.
Kini, Safi membawa kehebatan safron menerusi rangkaian Safi Youth Radiance, produk penjagaan kulit anti-penuaan dengan Teknologi Saffron Gold.
Perkenal Safi Youth Radiance
Safi Youth Radiance menggabungkan manfaat tiga revolusi utama – Teknologi Saffron Gold, Teknologi Beetox dan Lipo Vit-C, kesemuanya untuk memberi dua kuasa kecantikan dalam satu masa, memperlahankan proses penuaan dan menjadi kulit lebih cerah dan berseri pada harga yang mampu milik.
Teknologi Saffron Gold – Kaya dengan antioksida yang berupaya menghalang kulit daripada kerosakan yang diakibatkan oleh pencemaran radikal bebas serta memperbaiki kondisi kulit dan menjadikan tona kulit muka lebih cerah dan sekata.
Teknologi Beetox – Kombinasi ekstrak bisa lebah (bee venom) dan Emas Nano 24K yang terbukti dapat melambatkan kemunculan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garisan halus. Membaiki struktur sel dan mengekalkan hidrasi pada kulit. Hasilnya kulit menjadi lebih anjal, bermaya dan cerah berseri.
Lipo Vit-C – Sejenis antioksida yang amat berkuasa serta terbukti untuk mencerahkan kulit, melawan serta mempertahankan sel-sel kulit daripada serangan radikal bebas berbahaya dan mengelakkan kerosakan sel yang berpunca dari pencemaran serta pendedahan kepada sinaran UV.
Untuk mencapai impian setiap wanita menyerlahkan keremajaan raut wajah, cerah berseri, memperkenalkan dua rangkaian utama, Safi Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dan Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser.
Untuk hasil yang lebih efektif, guna Safi Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dan Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser bersama rangkaian Safi Rania Gold.