Cantik, kaya, beruntung sangat jadi wanita bertuah ini.
Lihat sahaja lifestyle-nya, sekejap terbang di New York, di Jepun, Korea – semuanya demi kumpulan idola kesayangan BTS.
Arci Munoz, merupakan selebriti asal dari Filipina. Minat mendalam pada Disney, Sailor Moon dan terkini pada BTS pula. Untuk beberapa bulan yang lalu, Arci dilihat mengembara ke seluruh dunia untuk mendapatkan merchandise malah menonton BTS dalam pelbagai persembahan secara langsung di luar negara. Untuk kebanyakan ARMY, kehidupan wanita ini menjadi impian setiap fangirl.
Siapa si cantik Arci Munoz?
Ramona Cecilia “Arci” Datuin Munoz (lahir 12 Januari 1989) adalah seorang pelakon dan penyanyi dari Filipina. Dia adalah vokalis band rock Filipina Philia.
Arci memasuki industri hiburan tempatan melalui pertandingan bakat realiti musim ketiga, StarStruck pada tahun 2005.
Terbang ke Seoul untuk konsert BTS
Arci sangat vokal dan langsung tidak malu menunjukkan minatnya pada BTS. Terbang ke Seoul, semata-mata mahu menghadiri konsert BTS “Love Yourself: Speak Yourself.” Arci betul-betul sakan fangirling!
Suka Jimin
Arci menyukai kesemua anggota BTS yang kacak dan bergaya, terutamanya Jimin. Padanya Jimin miliki karisma yang tersendiri dan sangat sempurna. Setiap pergerakannya mampu menggoda peminat lelaki dan perempuan.
Sanggup cacah tatu
Ketika jelajahnya di Seoul, Arci sempat mencacah tatu baru inspirasi dari BTS.
Belanja sakan di House of BTS
Arci juga ke House of BTS, sebuah kedai konsep yang terletak di Gangnam, Seoul – di mana para peminat boleh membeli beratus-ratus barangan eksklusif BTS. Arci kata dia barbaris berjam-jam sehingga boleh memasuki kedai sebaik sahaja dibuka.
Tahun baru dengan BTS di New York
Tak hanya di Korea, Arci terbang pula ke New York bagi meraikan tahun baru bersama BTS. Untuk pengetahuan anda, BTS diundang membuat persembahan “Dick Clark’s NewYear’s Rockin’ Eve” – acara tahunan untuk merayakan tahun baru.
Kontroversi “Sasaeng”
Baru-baru ini Arci menarik minat Army selepas berkongsi Instagram Stories. Semasa berlibur di Korea Selatan, Arci mendokumentasikan lawatannya ke restoran kegemaran BTS Jin dan menceritakan pengalamannya: “Restoran kegemaran Jin ni. Waaah! Super sasaeng mode.” Dia kemudian menunjukkan keseluruhan restoran dan berkata, “Sorry…Sorry not sorry!”
Komen “sasaeng” Arci walau bagaimanapun tidak disenangi netizen kerana ia memberi maksud negatif. Bagi yang tidak tahu, sasaeng adalah istilah Korea Selatan untuk peminat obses yang melampaui sempadan kehidupan peribadi selebriti – seperti mengintip pergerakan, mengganggu mereka di lapangan terbang, dan lain-lain.
Army yang lain kalau nak macam ini, kerja keras ye… Jangan asyik nak minta duit mak bapa, kesian kat mereka. Kalau tak mampu, duduk diam tengok kat skrin je😝