Kylie Jenner, Rihanna, Drew Barrymore, Lady Gaga, Jessica Alba, dan kini giliran penyanyi Kesha pula mengeluarkan produk mekap.
Penyanyi Kesha telah bekerjasama dengan jenama kosmetik vegan HipDot dan menamakan Kesha Rose Beauty.
Ternyata setiap produk mencipta kegilaan kepada beauty junkies. Lagi pula dengan permainan warna yang cukup menyerlah. Penulis sendiri jatuh cinta dengan eyeshadow palette milik Kesha.
“Saya mahu mencipta mekap yang mewakili diri saya sebagai seorang artis dan peminat saya suka. Pada saya, kecantikan adalah tentang menghargai siapa diri anda tanpa rasa takut dalam meraikan kelainan yang ingin ditonjol. Jangan berada dalam kotak kesempurnaan dan keselesaan.
“Go wild and remember, life is short. Don’t be afraid to Fuck It Up.
Apa yang ditawarkan oleh Kesha Rose Beauty?
Merangkumi 5 barang, termasuk eyeshadow palette yang menampilkan 12 rona warna-warni – shimmer, matte, dan glitter, eyeliner, lipstick dan lip gloss.
Yang best tentang lip gloss, ianya mengandungi minyak rosehip berkhasiat, plumping dan formula khas yang mampu mengubah bibir ke warna merah jambu semulajadi mengikut tahap pH badan anda.
Kosmetik vegan dan bebas kezaliman yang dihasilkan oleh HipDot Cosmetics merupakan 100% stail dan gaya mekap Kesha sendiri, dari mata ke bibir.
https://www.instagram.com/p/B6qmWWWl8T6/
Falsafah Kesha Rose Beauty pada asasnya menghargai keindahan secara dalaman dengan berani bermain warna-warna berbeza dan menggunakannya mengikut kreativiti sendiri. Tiada peraturan dalam mekap!
https://www.instagram.com/p/B6TqQIip7vW/
Harga setiap produk juga sangat berpatutan. Berminat, boleh dapatkan secara atas talian di SINI.