Kulit Putih Ikut Tips Ini Agar Tak Nampak Pucat Macam Orang Sakit

Kulit yang putih memang satu kelebihan idaman setiap wanita, khususnya di Malaysia. Rata-rata mengidamkan kulit putih seperti Nur Sajat, Uqasha Senrose, Nora Danish, atau Siti Sarah.

IKLAN

Tapi kulit sebegini jika tidak dikenakan secalit solekan juga boleh menyebabkan orang sekeliling memandang pelik dan bimbang, melainkan memang kamu sudah glowing.

Untuk itu, Wanista kongsikan tips berkesan dalam rahsia menutup wajah yang pucat lesi itu.

Elak penggunaan solekan jenis neutral atau nude

Jika anda mempunyai kulit jenis putih pucat lesi, elakkan memakai gincu bibir nude ataupun rona coklat kerana ianya menyebabkan anda kelihatan lebih suram dan mati sahaja.

Foto – The Independent

Penggunaan warna menambahkan seri

Oleh kerana kita tahu warna bibir neutral berada di luar, apa tips kecantikan untuk kulit pucat? Wanita dengan kulit pucat perlu menggunakan gincu bibir warna terang seperti merah atau corals.

Elak eyeshadow yang neutral

Kulit yang pucat lesi tidak masuk dengan eyeshadow neutral. Krim dan kuning air akan menghapuskan kulit anda daripada memberi anda dimensi.

Foto – Amazon

Eyeliner

Jika anda menghadapi masalah memilih eyeliner yang betul, baca tips berkesan ini untuk individu yang mempunyai kulit wajah pucat lesi. Cara terbaik ialah memilih eyeliner gelap daripada warna eyeshadow. Jangan pilih yang jenis ringan.

Maskara

Secara mudah, sentiasa pilih maskara hitam. Ia akan membantu membuatkan mata anda kelihatan lebih pop. Maskara coklat atau jenis clear tidak memberi impak yang baik.

Foto – Stock Image

Foundation

Pilih foundation yang betul untuk kulit wajah anda. Sering kala masalah dalam memilih foundation yang betul, ada yang terlalu warna merah jambu, ada yang menyebabkan wajah nampak kelabuan. Apa yang perlu anda lakukan ialah cuba uji di muka bukannya di tangan. Pastikan pencahayaan cahaya adalah semula jadi sebelum membuat keputusan muktamad.

Sila pakai blusher

Mungkin ada sesetengah daripada kita semua yang tidak mengenakan blusher di pipi. Tahukah anda blusher memberikan warna pada wajah, kehangatan, serta menambahkan seri individu tersebut.

IKLAN
Foto – Diamonds

Bronzer

Bronzer terbaik untuk memberikan cahaya pada wajah, diletakkan di pipi, dagu, hidung dan dahi. Bukan itu sahaja, jika anda berwajah bulat, gunakan bronzer untuk memberi kesan tirus di pipi.

Pakaian rona lembut seperti warna krim/warna kulit

Kulit anda sudah putih pucat lesi, janganlah memakai pakaian dari rona yang sama cuba warna-warna yang terang supaya kelihatan lebih ceria.

Selamat Beramal!

cara cantik orang kulit putihkulit putih pucatorang kulit putihputih pucattips cantiktips kecantikan kulit putih