Jenis Kaca Mata Hitam Yang Buat Lelaki Nampak Lagi Tampan

Bergaya menggunakan kaca mata hitam bukan lagi satu perkara baru, malah ia telah menjadi satu aksesori yang meningkatkan lagi saham ketampanan diri sang jejaka. Kaca mata hitam bukan saja mampu membuatkan diri lelaki kelihatan tampan, mata mereka juga dapat berlindung dari sinaran cahaya UV. 

IKLAN

Kira memakai kaca mata hitam ini pelengkap serba serbi buat lelaki. Jangan ingat wanita je yang ada aksesori, orang lelaki juga ada aksesori mereka yang tersendiri iaitu kaca mata hitam! 

Berikut adalah beberapa jenis kaca mata hitam yang stailo, mampu membuatkan diri si jejaka nampak kelihatan tampan sebanyak 120 peratus!

#1 Wayfarer

Foto – Pinterest

Kaca mata jenis wayfarer ini menampilkan rekaan bingkai yang tebal, ciri rekaan yang stailo ini mula diperkenalkan oleh Ray Ban pada tahun 1956 dan sejak dari itu ia mula menjadi trend buat lelaki yang ingin tampil kelihatan bergaya dan stailo. Antara artis antarabangsa ikonik yang pernah memakai kaca mata gaya ini adalah The Beatles, Tom Cruise dan ramai lagi.

#2 Aviator

Foto – Marvgolden

Aviator pula merupakan kaca mata dengan rekaan bingkai yang halus, ia mula diperkenalkan pada tahun 1936. Kaca mata jenis aviator ini akan membuatkan lelaki kelihatan macho dan bergaya. Siapa yang pernah menonton filem ‘Top Gun’ lakonan Tom Cruise pasti perasan Tom Cruise pernah pakai kaca mata jenis aviator ini.

#3 Clubmaster

Foto – Gentleman’s Gazette

Kaca mata jenis clubmaster ini menampilkan rekaan kaca mata yang retro era 50-an. Bagi sang jejaka yang ingin tampil kelihatan hero-hero Malaya dengan elemen nostalgik, nah inilah jenis kaca mata yang kamu perlu miliki. Ramai selebriti popular dunia seperti Robert Pattinson dan Bruno Mars juga sering di lihat menggayakan kaca mata jenis clubmaster ini.

#4 Bingkai Bulat

Foto – DHgate

Kaca mata jenis bingkai bulat sangat popular sehingga ke hari ini, ia menonjolkan sisi eksentrik sang jejaka dan menjadi kaca mata trend buat budaya hippies pada era 70-an dahulu. Dan kini pemakaian kaca mata bingkai bulat menjadi trademark bagi fesyen steampunk!

#5 Bingkai Jernih

Foto – Top Sunglasses

Kaca mata jenis bingkai jernih sering melambangkan stail yang kool dan klasik. Bagi lelaki yang ingin sentuhan minimalis dan ringkas tetapi dalam masa yang sama, mahu kelihatan bergaya juga, maka kaca mata jenis bingkai jernih ini sesuai buat kamu.

#6 Cermin Mata Mirrored

Foto – Amazon

Kaca mata jenis cermin mirrored ini merupakan gaya yang paling kool dan moden pada tahun 80-an. Cermin mata berwarna ini menghasilkan warna-warni seperti pelangi jika di lihat pada sudut lain. Bagi sang jejaka yang ingin kelihatan muda dan playful, cermin mata ini sesuai untuk kamu.

IKLAN

#7 Notch Bridge

Foto – Da Man Magazine

Kaca mata jenis notch bridge ini mula diperkenalkan oleh Persol pada tahun 1957. Gaya kaca mata yang unik ini mula menjadi popular pada tahun 1960 selepas digayakan oleh Steve McQueen. Bagi si jejaka yang ingin kelihatan klasik dan retro maka kaca mata ini aksesori yang tepat untuk kamu.

#8 Sport

Foto – Fashion Beans

Bagi jejaka yang suka bersukan dan mahu tampil bergaya ketika melakukan aktiviti sukan, maka jenis kaca mata seperti ini sesuai untuk kamu. Siapa kata orang sukan tak boleh bergaya, senang je yang penting pandai pilih kaca mata yang sesuai.

#9 Rimless

Foto – Lindberg

Kaca mata jenis rimless ini sesuai seperti namanya rimless iaitu cermin mata tanpa bingkai hadapan dan ia bersambung secara terus kepada pemegang telinga. Kaca mata jenis minimalis ini sesuai buat si jejaka yang ingin kelihatan ringkas dan matang!

#10 Oversized

Foto – Pic Click

Bagi lelaki yang ingin kelihatan seperti raja dan vogue, pemakaian kaca mata yang oversized untuk diri kamu. Biasanya orang lelaki yang menggayakan kaca mata jenis oversized ini memiliki keyakinan diri yang tinggi tau.

Antara 10 jenis kaca mata yang wanista senaraikan, yang mana satu buat kamu kelihatan sangat tampan apabila memakainya? Apa-apa pun diharap dengan senarai ini dapat membantu kamu untuk membuat pilihan ya!

Rujukan: 1, 2, 3, 4

Aksesori LelakiJenis Kaca Mata Untuk Lelaki KacakKaca Mata Hitam LelakiKaca Mata KoolKaca Mata LelakiKaca Mata Macho