5 Jenis Sikap Peminat K-Drama, #2 Paling Kesian!

Peminat drama Korea datang dalam pelbagai bentuk, saiz, umur dan bangsa. Kita semua suka menonton drama kegemaran tetapi setiap seorang punya sebab kenapa mereka tonton drama Korea.

IKLAN

Adakah kamu menonton semata-mata kerana pelakon tersebut? Atau tertarik dengan jalan cerita? Paling teruk sampai tidak pandai membahagikan masa sehingga terjejas tanggungjawab sendiri? Hurmmm… yang mana satu kamu?

#1 Pertahankan sehabis mungkin

Foto – GramUnion

Sikap sebegini ialah apabila seseorang menjadi peminat setia untuk sesebuah drama, kamu bersikap mempertahankan drama tersebut walaupun sebenarnya drama tersebut tidaklah sehebat mana. Kamu mempertahankan drama walau ramai yang mengkritik. Kamu tidak akan biarkan seseorang bercakap buruk tentang drama kesukaan kamu. Paling teruk kamu sanggup bergaduh dengan rakan atau adik-beradik semata-mata kerana drama.

#2 No social life!

Foto -Meme Center

Apa yang dimaksudkan dengan sikap jenis ini ialah kamu memang peminat setia drama tetapi kamu sehingga mendengar soundtrack malah menonton drama tersebut berulang kali tanpa rasa jemu. Apabila hujung minggu, kamu rela tidak keluar atau menghabiskan masa dengan rakan tetapi sanggup duduk terperuk dalam bilik tonton drama Korea dari pagi hingga malam.

#3 Pandai bahagikan masa

Foto – Dramabeans

Ini merupakan satu sikap terpuji, walau kamu habiskan masa tonton drama Korea tetapi kamu masih punya waktu melakukan aktiviti lain. Kamu tahu bahagikan masa untuk minat dan tanggungjawab. Malah, yang menarik lagi, kamu tidak menonton kosong drama tersebut tetapi kamu melakukan kajian mengenainya. Kamu tak menonton kosong, bagus tu.

#4 Bias stalker

Foto – Class Bias in Higher Education

Sebenarnya kamu langsung tidak pedulikan drama tersebut, kamu hanya kisahkan pelakon dalam drama tersebut. Drama tersebut baik atau tidak, kamu tidak kisah asalkan kamu dapat melihat pelakon kegemaran beraksi sudah memadai. Plot? Tidak penting. Dialog? Siapa yang peduli? Satu-satunya faktor kamu tonton drama tersebut ialah pelakon kegemaran.

#5 Veteran

Foto – The Accidental Drama Qween – WordPress.com

Kamu telah menonton drama Korea untuk jangka masa yang lama, sebelum drama Full House, Boys Over Flowers ada lagi. Sebagai seorang yang telah menyaksikan drama selama lebih satu dekad, kamu boleh mengkagumkan penonton muda dengan pengetahuan luas dalam perkembangan drama Korea.

Hebatkan penangan drama Korea, jadi kamu yang mana satu?

5 jenis peminat k-dramadrama koreak-dramakorean dramapeminat drama Koreapeminat k-dramasikap peminat k-drama
Recommended