Cara Aneh Wanita Perancis Lakukan Untuk Bibir Mungil Seksi

Bibir merah, sensual dan menggoda bak Kylie Jenner, Angelina Jolie, Rosie Huntington Whiteley atau Taylor Hill merupakan idaman setiap wanita.

IKLAN

Selain menggunakan lip liner, satu keanehan yang biasa dilakukan wanita untuk membuat dirinya tampil cantik ditemui pada rutin kecantikan wanita Perancis.

Pengasas kepada jenama penjagaan kulit, Caudalie, Mathilde Thomas berkongsi rahsia untuk mewujudkan bibir tebal tanpa perlu melakukan sebarang operasi plastik, anda hanya perlukan krim mata.

Foto – Into The Gloss

Hah krim mata? Ya!

Krim mata biasa dipakai Mathilde untuk menonjolkan keindahan bibirnya. Kalau biasanya krim mata dipakai pada kawasan mata yang berkulit tipis, maka kali ini formula yang sesuai untuk kulit sensitif pada produk ini dipakaikan pada kulit di sekitar bibir. Mereka percaya jika krim mata dapat melembapkan kulit pada kawasan mata, maka produk ini boleh melakukan perkara yang sama pada kawasan bibir.

Foto – Pinterest

Kawasan sekitar mata dan bibir pada wanita biasanya cenderung lebih mudah kering. Struktur kulit pada dua kawasan ini sebenarnya sama, jadi krim mata akan berkesan bekerja pada kawasan mata dan bibir.

Cara menggunakannya juga sangat mudah. Hanya aplikasikan dengan cara menepuk krim mata di kawasan sekitar bibir setiap pagi dan malam. Untuk hasil maksimum, aplikasikan krim mata di bahagian kulit atas dan bawah bibir.

“Gunakan di smile lines pun tiada masalah,” ujar Mathilde.

Jadi, kunci dapatkan bibir sensual adalah dengan meminimakan kedutan dan kerutan di sekitar bibir.

Anda rasa helah ini berjaya untuk anda? Cuba sekarang, baru tahu hasilnya.

IKLAN

RUJUKAN

Bibir Mungilbibir mungil seksibibir seksi sensualkrim mata untuk bibirtrik bibir mungiltrik krim matatrik krim mata untuk bibirtrik wanita perancis bibir mungilwanita perancis guna krim mata untuk bibir
Recommended