Pernah mengalami situasi bertemu dengan si cantik tetapi “berbau kurang enak”? Apa tanggapan anda terhadap individu tersebut selepas itu? Kami berpendapat, secantik mana rupa dan penampilan seseorang, namun jika mengalami masalah bau badan, daya penarik individu terbabit tentunya akan jatuh merudum.
Berdasarkan kajian saintis sendiri, bau memang mempengaruhi impresi kita terhadap seseorang. Rupanya, memakai minyak wangi bukan sahaja akan membuatkan mood pemakainya menjadi lebih baik malah ia akan membuatkan seseorang akan kelihatan lebih cantik.
Eksperimen telah dibuat kepada wanita yang sama dan hasilnya, wanita tersebut didapati dianggap lebih menarik ketika memakai haruman. Penyelidik juga mendapati persepsi terhadap rupa paras fizikal dipengaruhi oleh emosi berbanding rasional.
Haruman dan daya tarikan fizikal wajah akan berintigerasi dan dinilai bersama oleh emosi. Situasi ini juga dikaitkan dengan tindak balas neural yang diproses di otak. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada bau mempengaruhi persepsi sebenar visual ciri-ciri wajah dalm erti kata lain, bagaimana muka dinilai secara emosi oleh otak.
Jadi untuk menyempurnakan penampilan dan tampil lebih menarik dan cantik, semburan minyak wangi nampaknya memang terbukti memberikan impak sebegini. Malah ianya juga mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk dipraktiskan. Jadi sebelum keluar rumah, bolehlah anda semburkan sedikit haruman kegemaran anda. Tak susah rupanya untuk kelihatan cantik.