Nak Masak Mi Segera Paling Sedap, BTS Jungkook Ajar Cara

Mi segera, makanan yang paling mudah disukai semua orang, baik yang dewasa, kanak-kanak, remaja, semua orang menikmti mi segera.

IKLAN

Memang mi segera punya banyak keburukan jika kerap diambil tapi itulah makanan yang kita pilih jika mengalami kesesakan kewangan – student nak jimat makan mi segera, atau yang bekerja susut di tengah bulan makan mi segera. Lihat, dalam buruknya mi segera tapi ia memudahkan kita semua. Tak ada siapa boleh pertikaikan kehebatan mi segera!

Foto – Cari Infonet

Hari ini, Wanista nak ajar cara masak mi segera paling sedap mengikut resepi orang Korea. Bukan orang Korea sembarangan tapi selebriti popular BTS Jungkook. Seperti yang kita semua tahu (khususnya Army), Jungkook cukup gemar makan mi segera yang dipanggil ramen, malah punya cara masak yang tersendiri yang bikin semua orang ketagih dan puji.

Giphy

Siapa yang nak tiru, nah Wanista kongsi resepi…

#1 Sukatan air bergantung kepada berapa paket mi segera yang dimasak. Jungkook kata boleh guna air paip atau air mineral atau mungkin dari Coway, Cookoo dan sebagainya. Ikutlah tekak masing-masing.

#2 Ada yang masukkan mi segera dahulu tapi Jungkook pilih serbuk sup. “Sejak saya kecil lagi, saya selalu meletakkan sup terlebih dahulu, tiada sebab tertentu.” Mungkin rasanya lagi sedap kot.

#3 Sekarang biarkan kuah sup menggelegak. Tak ditutup periuk itu, biarkan sahaja.

#4 Bila dah menggelegak masukkan mi segera. Biarkan kesemuanya sebati bersama. Masa ini jika nak masukkan telur atau apa sahaja yang anda mahu, dipersilakan.

#5 Bila mi dah masak, telur juga cantik terletak, kuah juga nampak menyelerakan… maka tutuplah api. Makan masa panas-panas, memang sedap!

Lagi sedap kalau sambil makan, tonton cerita kegemaran.

IKLAN

Selamat Beramal!

bts jungkookinstant noodlemi segeraramen bts jungkookramen korearesepi mi segeraresepi ramenresepi ramen korea