Kenali Aplikasi Dating “Sugarbook”, Port Gadis Universiti Cari Sugar Daddy

Sebenarnya ramai wanita-wanita tempatan yang telah berusia masih solo dan belum mempunyai pasangan hidup masing-masing, mungkin dek kerana kekangan masa demi mengejar pendidikan, kerjaya atau sibuk mengurus ibu bapa dan adik-beradik membuatkan para wanita tidak mempunyai pasangan.

IKLAN

Wanita mana yang tidak mahu memiliki pasangan betul tak, tapi bagaimana mahu mencari pasangan yang betul-betul serasi dengan jiwa, ingat cari pasangan ini macam cari sayur di pasar? Sudah tentu tidak, jadi apakah solusinya sedangkan usia pun makin meningkat.

Pengasas aplikasi dating atas talian Darren Chan menghasilkan aplikasi SugarBook untuk para wanita mencari jodoh mereka dengan menggunakan aplikasi tersebut.

Foto – Arkib Wanista

Dalam aplikasi SugarBook ini, ahli-ahli yang menggunakan aplikasi ini diberi nama yang cukup unik. Bagi ahli lelaki mereka diberi nama sebagai Sugar Daddy dan manakala bagi ahli wanita pula di beri nama Sugar Baby. Kedua-duanya berada dalam satu platform yang sama dengan tujuan mencari pasangan yang ideal.

Istilah Sugar Daddy dan Sugar Baby bukan merujuk kepada pekerja seks, mereka tidak memperdagangkan tubuh mereka dengan wang. Ini adalah platform yang membolehkan lelaki dan wanita bebas mencari hubungan yang dikehendaki tanpa sebarang penilaian dan prasangka.

Cari Sugar Daddy Pilihan

Foto – Elite Daily

Bagi wanita yang inginkan hubungan yang telus dan jujur, menerusi platform dating atas talian ini, para wanita dapat memilih sugar daddy pilihan sendiri dan mula bersuai kenal dengan sugar daddy yang dipilih. Jika sugar daddy tersebut serasi dengan diri, maka hubungan tersebut akan terjalin ke arah yang lebih serius.

Menerusi aplikasi ini juga, para wanita dapat meletakkan syarat-syarat atau kriteria pasangan yang diingini dan senarai sugar daddy yang menepati kriteria yang dingini akan keluar dalam aplikasi tersebut. Dari situ kamu bebas memilih pasangan yang kamu rasakan sesuai dengan jiwa kamu dan mula bersuai kenal.

Janda Dan Pelajar Universiti Antara Yang Ramai Guna Aplikasi

Foto – Indian Express

Aplikasi ini telah mempunyai ahli seramai 300,000 orang dari 60 buah negara antaranya dari Malaysia, United States, Singapura dan Filipina. Lebih 70 peratus ahli yang menggunakan aplikasi ini adalah Sugar Baby yang merupakan pelajar universiti, ibu tunggal dan janda.

Manakala Sugar Daddy pula merupakan orang lelaki yang berusia antara 30 tahun hingga 55 tahun dengan gaji tahunan antara USD$150,000 (RM621,225) hingga USD$300,000 (RM1.2 juta).

IKLAN

Kontroversi Aplikasi Sugar Daddy

Foto – Arkib Wanista

Meskipun aplikasi ini dihasilkan dengan tujuan mencari pasangan yang ideal, bukan semua masyarakat dapat menerima platform dating atas talian ini. Kerana masyarakat memandang aplikasi ini mempromosikan tawaran sugar daddy atau sugar baby kepada lelaki atau wanita berusia yang sanggup menawarkan wang dan hadiah kepada pasangan mereka.

Papar Iklan Unsur Lucah

Iklan digital aplikasi tersebut di papar di beberapa lokasi sekitar Bangsar dan Bukit Kiara, berikutan melihat paparan digital iklan dengan ungkapan “Di sinilah bertemunya yang cantik dan berjaya.”

Rata-rata masyarakat meluahkan rasa marah dan berasa sensitif terhadap iklan aplikasi tersebut. Paparan iklan tersebut menerima banyak bantahan orang ramai.

Pegawai DBP Hanya Semak Bahasa

Netizen kecam DBP tidak semak aplikasi tersebut, menurut Ketua Pengarah DBP Abang Sallehuddin Abang Shokeran berkata, DBP hanya menyemak iklan aplikasi dating atas talian Sugarbook dari sudut penggunaan bahasa Melayu.

Pihak DBP menerima teks iklan dan sekeping gambar sahaja untuk disemak. Manakala soal semakan kandungan bukan di bawah bidang kuasa DBP sebaliknya adalah pihak berkuasa tempatan.

DBKL Dan Yayasan Wilayah Persekutuan Tarik Balik Iklan

DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dalam kenyataan yang berasingan menjelaskan, mereka tidak pernah meluluskan iklan aplikasi tersebut dan telah mengarahkan iklan digital tersebut ditarik balik.

Yayasan Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab terhadap papan iklan tersebut telah memanggil dan memberi surat tunjuk sebab kepada operator iklan.

Timbalan Menteri Hannah Yeoh Kecam SugarBook

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh turut memberi ulasan tentang aplikasi SugarBook yang mana platform tersebut mempromosi tawaran wang habuan dalam perhubungan dan secara tidak langsung menjadikan generasi muda lebih mementingkan wang.

Menurut Hannah, perkara sebegini adalah wake-up call untuk ibu bapa mengenai cabaran sebenar dalam mendidik anak-anak. Hannah turut menyokong sebarang gesaan terhadap pihak berkuasa untuk menyiasat kes sebegini.

Tujuan mencari pasangan dah murni dah, cuma dari segi tawaran dan habuan sebegitu memang tidak bagus kerana secara tidak langsung mendidik wanita dan generasi muda mementingkan wang dari menghargai nilai moral sebenar dalam membina hubungan.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7

aplikasi cari jodohaplikasi sugarbookjanda cari jodohlaman cari jodoh sugarbookpelajar universiti cari pasangansugar babysugar booksugar daddy