Sama seperti Hari Raya yang sering bertukar gaya setiap tahun, pakaian kerja juga begitu… melainkan anda memakai baju kurung setiap hari kerna berkhidmat sebagai pekerja kerajaan.
Jika anda adalah seorang pekerja swasta seperti penulis, barangkali anda bebas menggayakan apa sahaja jenis pakaian kerja ke pejabat, betul tak? Hari Isnin berbaju kurung, Selasa pula santai dengan skirt dan baju tee, tiba Rabu tampil sporty dan boyish mengenakan persalinan sukan dan seterusnya.
Jika anda gemarkan fesyen sukan yang versatile dan kasual tapi masih diselitkan dengan elemen profesional, ayuh penulis kongsikan tips bagaimana untuk bergaya paling stail dengan Koleksi Nike Icon Clash.
Koleksi Nike Icon Clash
Nike tampil dengan koleksi pakain sukan yang dinamakan Nike Icon Clash. Koleksi ini mempamerkan rekaan yang kasual dan versatile, sesuai sangat untuk generasi kini yang inginkan pakaian sukan yang lain dari yang lain. Bukan sahaja dipakai untuk bersukan, malah boleh sahaja dipakai di pejabat dengan suai padan beberapa item fesyen lain.
Baca : Koleksi Nike Icon Clash, Tampil Rekaan Pakaian Gym Kasual & Versatile!
Tiga Item Nike Icon Clash Wanista Suka
#1 Seluar Sukan Klasik
Anda perasan sejak dari tahun lepas, fesyen berseluar sukan mula tumbuh bagaikan cendawan. Ikon seperti Kim Kardashian, Kendall Jenner, Rihanna, serta ramai lagi menjadikan item ini satu trend hangat.
Untuk ke pejabat, anda boleh suai padan dengan kemeja, blazer, kot atau jaket untuk suntikan formal, bahkan juga diserikan dengan tumit tinggi agar nampak lebih berkeyakinan.
Lihat cara influencer menggayakan seluar sukan, kelihatan cool bukan.
#2 Bra Sukan Paling Selesa
Okay, agak keterlaluan memakai bra sahaja ke pejabat. Tapi koleksi bra sukan dari Icon Clash bukan biasa-biasa.
Menampilkan rekaan unik inspirasi sukan bola keranjang dengan talinya yang berkualiti sangat sesuai kita padankan dengan blazer, jaket atau cardigan. Tapi paling cantik blazer!
Ini untuk fesyen ke pejabat yang sempoi je tau!
#3 Jaket Printed Era 80-an
Bila ke pejabat tak semestinya asyik pakai jaket kosong tidak bercorak, atau hanya satu tona warna yang membosankan. Cuba sesuaikan gaya, idea Wanista pilih jaket cetakan rantai emas yang direka inspirasi era 80-an dengan suasa serta tenga yang dinamik.
Gaya ini sekaligus memberi impak positif serta imej bertenaga dalam diri anda.
Barulah anda jadi pekerja paling gempak dalam pejabat!
Yang penting anda kena bereni mensuba sesuatu yang baharu…go for it and have fun with patterns and colors okay?
Jangan lupa grab Koleksi Nike Icon Clash ye! Layari laman web Nike dan ketahui lebih lanjut mengenai koleksi-koleksi Nike Icon Clash dan pelbagai lagi.